Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Malaysia, Thailand Meterai Perjanjian Bina Jambatan Kedua Rantau Panjang–Sungai Golok
Auto Terkini

Malaysia, Thailand Meterai Perjanjian Bina Jambatan Kedua Rantau Panjang–Sungai Golok

SyafieBy Syafie18/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA dan Thailand menandatangani perjanjian pembinaan Jambatan Kedua Rantau Panjang-Sungai Golok dan naik taraf jambatan sedia ada yang menandakan permulaan projek infrastruktur rentas sempadan utama kedua-dua negara.

Perjanjian dimeterai Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Suriya Juangroongruangkit, serta disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatan, Paetongtarn Shinawatra.

Projek bernilai RM40.54 juta itu membabitkan pembinaan jambatan baharu sepanjang 117.3 meter dan kerja naik taraf jambatan asal yang dijangka siap pada 2028. Projek itu mendapat pembiayaan kedua-dua Kerajaan sebagai simbol kerjasama serantau ke arah pembangunan mampan dan keterangkuman.

Nanta berkata, projek itu sejajar aspirasi Asean dipimpin Malaysia yang membuktikan komitmen memperkukuh hubungan dua hala dan pembangunan komuniti sempadan. Jambatan asal yang dibina sejak 1973, menjadi penghubung penting rakyat dan ekonomi kedua-dua negara.

Rekabentuk jambatan baharu itu akan mengambil ilham motif ‘Perahu’ sebagai penghormatan kepada peranan Sungai Golok dalam hubungan sejarah rantau tersebut.

Infrastruktur itu dijangka memperkukuh keterhubungan, perdagangan dan hubungan rakyat, selain menjadi lambang persahabatan Malaysia-Thailand yang berkekalan.

SUMBER: BuletinTV3 | BHarian

Auto Terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim Jambatan Kedua Rantau Panjang–Su-Ngai Kolok Kementerian Kerja Raya (KKR) Perdana Menteri Malaysia Sempadan Malaysia-Thailand
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.