Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Malaysia Pertama di Asia Dapat Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Harga RM199k!
Roda2

Malaysia Pertama di Asia Dapat Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Harga RM199k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOON Siew Honda (BSH) tidak menunggu lama untuk membawa masuk Honda CBR1000RR-R Fireblade SP yang melakukan debut di Pameran Motor Milan (EICMA) 2019 lalu. Model superbike perdana Honda ini dijual pada harga RM198,800, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSH, Keiichi Yasuda berkata, model perdana itu menandakan keyakinan Honda terhadap pasaran Malaysia kerana BSH adalah wakil pengedar pertama melancarkan model 2020 itu untuk pasaran Asia dan Oseania.

Selain superbike tersebut, BSH turut memperkenalkan GL1800 Gold Wing dan CRF1100L Africa Twin. Menurut Yasuda, keputusan memperkenalkan model tersebut bertujuan mengukuhkan penawaran produk motosikal Honda seiring impian Honda untuk memeriahkan pasaran dua roda dunia.

Hanya didatangkan dalam warna Grand Prix Red (merah), CBR1000RR-R Fireblade SP akan berada di bilik pameran BSH bermula Mei depan.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Baharu, 215hp, 113Nm!

ENJIN SENTUHAN MOTOGP

Enjin CBR1000RR-R Fireblade SP mempunyai gerek dan lejang sama seperti jentera RC213V-S. Ini bermakan, ada piston sebesar 81mm ditolak naik rod dengan lejang 48.5mm. Enjin 4-silinder sebaris itu mampu menjana kuasa setinggi 213hp @ 14,500rpm dan tork 112.7Nm @ 12,500rpm.

Honda mendakwa berjaya menganjakkan angka kuasa melepasi paras 200hp berdasarkan pengalaman diraih daripada trek MotoGP. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan melalui transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri Quickshifter  bersama padanan klac hidraulik multiplat basah dan klac bantuan sliper (A&S).

BACA >>> Honda UK Umum Harga CBR1000RR-R Fireblade SP (2020), RM108k

SISTEM EKZOS AKRAPOVIC

Sistem ekzos dibangunkan bersama Akrapovic. Walaupun peredam bunyi nampak biasa, tetapi sebenarnya dibikin sofistikated. Ada injap ekzos yang mengawal kuasa sepanjang julat rev dan penghenti injap untuk mengurangkan bunyi.

Dihasilkan menggunakan bahan titanium, saiz fizikal ekzos kecil dan berat yang ringan menyumbang kepada pemusatan berat dan sudut miring selaheb kanan. Sentuhan Akrapovic memberikan hasil rev tork rendah dan rev kuasa yang tinggi.

SUSPENSI ÖHLINS

CBR1000RR-R Fireblade SP menggunakan suspensi semi-aktif Kawalan Elektronik Öhlins (S-EC) generasi kedua menerusi fork terbalik (USD) 43mm Öhlins NPX dengan sistem damper bertekanan untuk mengurangkan kavitasi (cavitation). Hasilnya , kawalan redaman jadi lebih stabil, manakala serapan hentakan lebih baik pada halaju trek.

Rasa cengkaman tayar depan juga dipertingkat. Dimensi panjang menawarkan kebebasan untuk perubahan geometri. Bahagian monoshock menggunakan unit Öhlins TTX36 Smart-EC. Melengkapkan bahagian roda ialah set rim 17 inci yang dibalut tayar 120/70 (depan) dan 200/55 (belakang).

BACA >>> Honda CBR1000RR Fireblade SP dengan DNA Lumba Kini di Pasaran, RM114,999

UNIT BREMBO UNTUK SISTEM BREK

Tugas membrek diserahkan kepada unit kaliper radial-mount Brembo Stylema 4-piston, dwi-brek cakera 330mm di depan yang disepadukan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2-saluran dan mod Sport/Track boleh tukar.

Daya cengkaman brek juga lebih besar 10mm. Ketebalan cakera 5mm juga berfungsi menghilangkan haba lebih cekap. Kaliper brek belakang menggunakan unit Brembo, sama dipasangkan pada RC213V-S.

OPSYEN 3 MOD TUNGGANGAN

Superbike ini dipasangkan ciri kawalan nisbah gelincir Honda Selectable Torque Control (HSTC) dengan pengurusan tork lebih lancar melebihi 9 tahap. Mod Start dan Quickshifter dijadikan ciri standard bersama mod Power, Engine Brake dan Wheelie Control.

Frem aluminium baru dan swingarm berfungsi menukar agihan berat badan, pusat graviti dan keseimbangan ketahanan untuk pengendalian dan daya kilas lebih baik. Unit Ukuran Inersia (IMU) 6-paksi pula melakukan tugas mengira respon dinamik dan kawalan enjin tepat.

Posisi pelana CBR1000RR-R Fireblade SP lebih agresif berbanding model standard.  Sebagai model fokus trek, bar hendal superbike sedikit ke depan, manakala peg kaki dianjak ke belakang dan ditinggikan. Berat jentera pula 200kg, manakala kapasiti tangki 16 liter.

BACA >>> Honda Patenkan Winglet Cermin Sisi untuk CBR1000RR

GALERI
Boon Siew Honda Boon Siew Honda (BSH) Honda Honda CBR1000RR Fireblade SP Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Honda CBR1000RR-R SP (2020) roda2 superbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

    12/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.