Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Malaysia Dominasi Anugerah SEAward 2024 Mercedes-Benz!
Auto Terkini

Malaysia Dominasi Anugerah SEAward 2024 Mercedes-Benz!

SyafieBy Syafie04/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) - Amanda Zhang
MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) sekali lagi meraikan komitmen dan dedikasi luar biasa barisan kakitangan selepas jualan di Asia Pasifik menerusi majlis Service Exellence Award (SEAward) 2024 yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Acara berprestij itu menghimpunkan lebih 600 delegasi secara fizikal dan maya dari pasaran South East Asia II (SEA II) seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, Laos, Myanmar, French Polynesia dan New Caledonia.

Komitmen Kepuasan Pelanggan Jadi Teras

CEO Mernedes-Benz Malaysia (MBM), Amanda Zhang

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden MBM merangkap Ketua Rantau SEA II, Amanda Zhang berkata;

Di Mercedes-Benz, pengalaman pelanggan mewah bermula dari setiap sentuhan. Pasukan selepas jualan kami ialah nadi utama kepada kejayaan ini, dan pengiktirafan seperti SEAward penting untuk menghargai usaha mereka.”

Turut senada Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan MBM dan SEA II, Edmin Naidoo berkata;

SEAward bukan sekadar penghargaan, tetapi lambang pencapaian cemerlang dalam memberi pengalaman pemilikan terbaik kepada pelanggan Mercedes-Benz.”

Anugerah Tertinggi: Malaysia Dominasi Liga Juara dan Super League

Acara malam itu menyaksikan pemenang terbaik dari seluruh rantau dalam empat kategori utama, iaitu Platinum Star Award, General Distributor Award, Super League dan Champion League.

Antara pencapaian membanggakan wakil Malaysia ialah:

Champion League

  • Juara: Hap Seng Star Kinrara (Malaysia)
  • Naib Juara Pertama: Hap Seng Star Melaka
  • Naib Juara Kedua: Hap Seng Star Bukit Tinggi

Super League

  • Juara: Hap Seng Star Kota Kinabalu
  • Naib Juara Pertama: Hap Seng Star Kuching
  • Naib Juara Kedua: Asbenz Stern Kuantan

Anugerah Platinum Star: Individu Cemerlang Diraikan

Pengiktirafan khas turut diberikan kepada individu yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam kategori:

Ketua Selepas Jualan

  • Goh Chuan Kiong (Asbenz Motors)
  • Woon Hon Ping (Cycle & Carriage Bintang)

Pengurus Pusat Servis

  • Andrew Lim (Cycle & Carriage Industries Pandan Loop)
  • Andrew Tan (Hap Seng Star Bukit Tinggi)
  • Bernard Anthony Ambrose (Cycle & Carriage Bintang Perak)
  • Kee Ah Lek (Minsoon Star)
  • Mohd Sharizam (Cycle & Carriage Bintang Batu Caves)
  • Nagasubbu (Asbenz Stern Kuantan)
  • Teng Seng Hin (Hap Seng Star Kota Kinabalu)

Penasihat Servis

  •  Joanne Kho (Cycle & Carriage Industries Pandan Loop)
  • Mohammad Ismith (Hap Seng Star Kinrara)
  • Muhammad Fairoz (Hap Seng Star Bukit Tinggi)
  • Ng Weng Soon (Cycle & Carriage Bintang Batu Caves)
  • Tee Yi Tong (Hap Seng Star Bukit Tinggi)
  • Thosreraj Krishan (Asbenz Stern Kuantan)
  • Tybalt Puah (Hap Seng Star Kinrara)

Anugerah General Distributor

Anugerah edaran umum terbaik diberikan kepada Diesel & Motor Engineering dari Sri Lanka, sebagai penghargaan atas prestasi konsisten dalam pasaran masing-masing.

Komitmen Berterusan Mercedes-Benz

Program anugerah itu menjadi bukti Mercedes-Benz sentiasa menitikberat pengalaman pelanggan selepas jualan yang unggul. Dengan lebih 2,000 kakitangan selepas jualan seluruh rantau, program itu bukan saja memupuk semangat kerja berpasukan, tetapi menjadi pemangkin kepada peningkatan standard perkhidmatan.

Kami akan terus memberikan sokongan kepada setiap rakan pengedar untuk memastikan pengalaman pemilikan Mercedes-Benz kekal premium di setiap peringkat,” kata Amanda menutup majlis.

Auto Terkini Mercedes-Benz Malaysia (MBM) SEAward 2024 Service Exellence Award (SEAward) 2024
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.