Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Mahukan Enjin Turbo Panjang Umur? Lakukan 4 Tip Penjagaan Ini!
Autotainment

Mahukan Enjin Turbo Panjang Umur? Lakukan 4 Tip Penjagaan Ini!

Han OthmanBy Han Othman30/09/201816 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMANDU kereta berenjin turbo memang menyeronokkan kerana pemanduan rasa lancar dan berkuasa, serta menjimatkan. Kereta turbo ibarat atlet lumba yang mampu berlari pantas meninggalkan pesaing-pesaing biasa.

Namun, pelumba lari perlu mematuhi rutin harian tertentu seperti mengamalkan rejim pemakanan ketat dan latihan intensif. Semua itu dilakukan semata-mata untuk mengekalkan tahap optimum larian mereka. Begitu juga kereta turbo anda yang perlu dijaga rutin penyenggaraan dan cara pemanduan, berbeza berbanding kereta biasa lain yang pernah anda pandu sebelum ini.

BACA >>> Ramai Pemandu UK Kurang Pengetahuan Senggara Kereta, Tidak Tahu Simbol Amaran Brek

Sekarang mari kita ketahui apakah 4 tip mudah yang perlu anda lakukan untuk menjaga enjin turbo? (Model rujukan Proton Suprima S).

1. PATUHI JADUAL SENGGARA

Kalau bukan enjin turbo sekalipun, ini ialah perkara asas yang perlu dilakukan semua pemandu. Anda mesti mematuhi jadual penyenggaraan yang ditetapkan pengeluar jika mahu kereta turbo anda kurang penyakit dan panjang umur.

Inikan pula kereta seperti Proton Suprima S yang dibekalkan enjin turbo, sudah tentu anda sepatutnya lebih peka dan peduli tentang masa menyenggara. Bukan boleh main langgar saja seperti tabiat yang selalu anda lakukan semasa berkereta lama dahulu.

2. GUNA MINYAK ENJIN DISYORKAN

Jika Suprima S anda seorang atlit, sudah tentu rutin pemakanannya berbeza berbanding orang biasa. Atlit perlukan makanan yang mampu menjana banyak tenaga segera dan mereka perlu mematuhi saranan pakar nutrisi.

BACA >>> Bilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?

Begitu juga Suprima S anda. Kereta anda kini perlukan ‘makanan’ yang memang diuji dan terbukti untuk kecekapan dan kelasakan enjin turbo. Bagi kereta Proton misalnya, spesifikasi minimum minyak enjin yang disyorkan ialah API SL 10W-30 (semi-sintetik). Jangan main belasah saja!

3. JANGAN TERUS LENJAN

Laju-laju nak ke mana? Bersabar dan tunggulah sehingga enjin turbo anda betul-betul mencapai tahap operasi. Ini bukan bermaksud anda perlu membiarkan enjin dihidupkan melampau lama sambil masuk ke rumah bersarapan dan baca surat khabar.

Anda boleh saja terus bergerak selepas 30 saat atau 1 minit menghidupkan enjin. Apa yang dilarang adalah jangan menekan pedal minyak sehingga separuh terotel kerana situasi menaikkan RPM tinggi ketika enjin sejuk mampu menyebabkan pengecasturbo rosak.

BACA >>> Enjin Pengecas Turbo dalam Setiap Silinder Bakal Hapuskan Masalah 'Turbo Lag'?

Atlit terpantas di atas muka Bumi seperti Usain Bolt pun perlu memanaskan badan. Sebelum memecut 100 meter dalam perlumbaan rasmi, Usain sudah berjalan dan berlari berkilometer jauh untuk memanaskan badannya. Mesti warm-up dulu.

4. SELEPAS MEMANDU, JANGAN TERUS MATIKAN ENJIN

Kalau ada fasa ‘panaskan badan’, sudah tentu ada fasa ‘sejukkan badan’ atau cool down. Ya, seperti yang kami jelaskan di atas, Suprima S anda sepatutnya dilayan sebagai seorang atlit. Bukan orang biasa-biasa.

Jadi, selepas pemanduan lasak seperti memandu kereta Suprima S anda meredah laluan panjang lebuh raya dari Kuala Lumpur ke Perlis, janganlah terus mematikan enjin. Bawa bertenang dan tunggu sekejap lebih kurang 30 saat sebelum enjin dimatikan. Sekali lagi soalan kami, laju-laju tu nak ke mana? Rilekslah!



AMARAN

Anda dilarang mencampurkan sebarang bahan aditif ke dalam bahan api dan minyak enjin kerana mampu mengubah kelikatan minyak dan membentuk pepejal yang menyekat kelancaran pengaliran ke sistem turbo. Sekali lagi diingatkan, kegagalan mematuhi jadual servis ditetapkan boleh menyebabkan kerosakan pada sistem turbo kereta anda. Jangan main-main!

autotainment cara jaga turbo Proton enjin turbo pengecas turbo penjagaan enjin turbo Proton Proton Suprima S tip automobil tip jaga enjin turbo
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

16 Comments

  1. aman nizan on 29/05/2017 20:43

    turbo proton, hmmm bagus jugak. lain2 model taktau la camana. jika preve turbo hmm.. best of the best dlm kategori dia. semangat dia mai bila pedal floor pressed. top speed boleh la dlm 205kmh. abs cemerlang. bagus. dah ter-try sistem brake dia bila aku terpaksa membrek pada speed 180kmh drop ke 80kmh..fuhh.. terbaik, tapi tayar michelin la 4 biji..handling bagus, 7 speed auto, nak drop gear cuma hujung jari kiri, lepas tu cuma floor pressed semula.. not bad for soft turbo.. overall bagus. kereta untuk performance. handling lotus tu.. beza dgn produa..hmm langit dan bumi laaa

    Reply
    • Mak ko on 31/12/2019 05:43

      Isap syabu ke bos? Proton mane ade 7speed. Nak tipu tu pun agak agak la anjing

      Reply
      • Bapak ko on 31/12/2019 17:37

        Seriously kau tak pernah masuk Keta Preve/Suprima, ada 7 ratio gear cvt. Sedih tul anjing ni. Menyalak tak tentu pasal.

        Reply
      • Abah on 01/01/2020 12:24

        Bukan isap syabulah, minum air ketum aje…

        Reply
      • atuk ko on 01/01/2020 18:56

        discover dulu boss sebelum ckp. preve/suprima mmg ada 7 speed

        Reply
      • Mak Cik on 02/01/2020 00:58

        Google dulu sblm bkata2 yer kalau xtau

        Reply
      • Antah ko on 04/01/2020 03:12

        Jenis nyembang tak tau hujung pangkal nya. Try dulu bawak bang baru tau ada 7 ratio gear utk model cvt preve cfe

        Reply
  2. Lek on 13/09/2017 06:36

    Terima kasih di atas info, sy adalah pengguna proton suprima s, sangat selesa berbanding dgn kereta yg digunakan terdahulu…

    Reply
  3. Boy on 31/12/2019 19:31

    Betul preve ada 7speed…

    Reply
  4. entah on 31/12/2019 20:23

    boss preve cfe mmg 7 speed auto boss. (7 speed ProTronic CVT). 😁

    Reply
  5. t on 06/07/2020 15:25

    pasal keta pun sampai nak menganjing-anjirr 😂😂

    Reply
  6. Hanizam Lasimon on 08/07/2020 10:01

    Hahahahahaha… Biase lah.. Kalau x tau fakta tapi nak berkata2.. Hambek kena setepek.. Sy pakai preve turbo, mmg ade 7 Speed.. Nama die 7 speed Protronic Paddle-Shift..

    Reply
  7. Zaki Preve turbo on 08/07/2020 21:45

    Hahaha..aku pn guna Preve turbo..7 speed..mungkin ada sesetengah orang yg x th kot..mungkin dia masih berada di zaman batu lg Kottt..

    Reply
  8. zac on 07/08/2020 11:56

    org pki moto nk smbg psl kereta mcm tu la jdnya….ha ha main redah je

    Reply
  9. Mohamad Firdaus Ismail on 14/11/2020 09:44

    Aku gune prave cfe turbo dah 8 thn.. still blh speed 200 +++ km selesa je

    Reply
  10. Hamba Allah on 27/10/2021 11:15

    Gearbox cvt mana ada gear lau ikutkan pun.sama mcm motor scooter..cuma ada mekanisme elektronik yg memberi rasa lbh kurang ratio gearbox manual atau dct/dsg.Cvt ni guna kaedah belting naik turun.langsung tkde gear.n cvt juger gearbox yg plg ringan simple dan bkn utk perfomance la..lebih kepada ekonomi myk sap ckit.so jika ada mn2 pihak yg bgtau cvt ada ratio gear sume tu dorang tk jelaskan dgn betul.jika cvt tu shj tanpa mekanisme elektronik.maka tkde la ratio gear tu sume bagai.sy pki exora turbo.n ada 1 kete kedua yg pki dct.gearbox..insyallah sy berpandukan.fakta..bukan pandangan.so tkde yg salah tkde yg betul pun semuanyer..cuma kita tk diinfokan dgn betul..manual juger zaman skill yg terbaik..skg cume cheating..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.