• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Enjin Pengecas Turbo dalam Setiap Silinder Bakal Atasi Masalah 'Turbo Lag'?

Enjin Pengecas Turbo dalam Setiap Silinder Bakal Atasi Masalah 'Turbo Lag'?

October 22, 2017 By AO Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEKAS jurutera Ford, Jim Clarke, yang bertanggungjawab menghasilkan modular V8 dan Duratec V6, memiliki idea untuk merevolusikan enjin pembakaran dalaman (ICE). Direka untuk memaksimumkan kecekapan bahan api, idea Clarke akan menggunakan dua badan terotel (throttle body) dan pengecas turbo tunggal bagi setiap silinder dalam enjin.

Clarke, yang pernah bekerjasama dengan mantan Presiden divisyen enjin di Navistar dan Kohler, Dick Fotsch berkata, pembinaan tersebut bermakna setiap silinder dapat dipenuhkan lebih cepat berbanding ICE normal, sekali gus menghasilkan tahap tork pantas. Hampir tiada masalah jeda turbo (turbo lag).

Selain itu, pemasangan pengecas turbo bagi setiap silinder membolehkan komponen itu ditempatkan hampir dengan injap ekzos, yakni lebih kecil berbanding turbo normal dan mampu menggulung (spool up) turbin lebih pantas.

BACA >>> Enjin 'Camless' - Revolusi Baharu Enjin Pembakaran Dalaman Ciptaan Koenigsegg

Bagaimanapun, rekabentuk enjin Clarke itu pada masa ini masih kekal sebagai teori dan tiada prototaip dibangunkan. Apapun, idea tentang enjin itu, termasuk khabar tentang Koenigsegg yang sedang membangunkan enjin tanpa aci (camless), umur ICE nampaknya masih panjang.


SUMBER: Car Scoops

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, enjin, Ford, pengecas turbo, Roda4, turbo lag

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my