Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mahu Trak Pikap Anda Kekal Berkuasa? Gunalah Diesel Euro5 BHPetrol!
Auto Terkini

Mahu Trak Pikap Anda Kekal Berkuasa? Gunalah Diesel Euro5 BHPetrol!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRAK pikap ialah kenderaan yang direka untuk melakukan kerja-kerja berat dan lasak. Kebanyakan pengguna yang memiliki kenderaan ini terdiri daripada kalangan mereka yang bekerja di ladang, tauke balak dan industri serta ada juga yang beli kerana mahu bergaya. 

Tidak kisahlah apa pun tujuannya, mereka pasti terdiri daripada golongan yang mementingkan prestasi pada kenderaan dipandu. 

Jika anda termasuk dalam golongan itu, tahukah anda pemilihan diesel yang betul dan berkualiti adalah penting untuk memastikan prestasi trak pikap sentiasa dalam keadaan terbaik? 

BACA >>> Bagus Sangat Ke Diesel Euro5 BHPetrol? Euro5 Itu Apa Sebenarnya?

Majlis Pelancaran Euro5 BHPetrol, 2014

Di Malaysia, gred diesel terbaik yang boleh didapati ialah diesel Euro5 dan BHPetrol adalah antara syarikat petroleum terbaik menawarkan bahan api gred tersebut. Malah, BHPetrol ialah jenama minyak terawal memperkenalkan diesel Euro5 di Malaysia, iaitu sejak 2014. 

KESAN MENGGUNAKAN DIESEL BIASA 

Enjin ialah komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Ketika proses pembakaran bahan api diesel berlaku, tekanan suhu tinggi boleh membentuk deposit tebal dan sukar dibersihkan. 

Semakin lama usia kereta dan semakin jauh dipandu, deposit tersebut akan menjadi semakin tebal dan boleh menyebabkan enjin mula kehilangan kuasa. Inilahsituasi yang sangat tidak diinginkan berlaku pada trak pikap kerana kuasa adalah elemen penting dalam melakukan kerja-kerja berat.

Jika trak pikap mula kehilangan kuasa, ia tidak mampu lagi menarik beban dan membawa muatan dengan efisien. Pada masa sama, penggunaan kuasa yang tidak efisien juga menyebabkan penggunaan bahan api menjadi lebih tinggi berbanding biasa kerana terlalu banyak kotoran melekat pada injap enjin. 

TIDAK MAHU ENJIN HILANG KUASA? GUNALAH EURO5 BHPETROL

Cara mengelakkan situasi itu berlaku adalah menggunakan diesel lebih bersih dan berkualiti. Maka, diesel Euro5 adalah pilihan terbaik kerana mengandungi kandungan sulfur rendah berbanding diesel biasa dan lebih bersih. 

Penggunaan diesel Euro5 yang bersih dapat memastikan deposit terhasil ketika proses pembakaran sentiasa berada pada tahap minimum. Hasilnya, agihan kuasa pada enjin dapat dijalankan dengan efisien dalam jangka masa lama. 

Lebih lagi, diesel Euro5 daripada BHPetrol pula terbukti membuatkan enjin berjalan lebih lancar apabila hanya merekodkan kadar kehilangan kuasa pada 1.6 peratus. Sebagai perbandingan, kadar kehilangan kuasa ditetapkan pengeluar kenderaan adalah tidak lebih 2 peratus. 

KESIMPULAN

Secara mudahnya, kepentingan bahan api pada trak pikap adalah sama penting dengan air kepada manusia. Lebih berkualiti bahan api digunakan, lebih baik prestasi trak pikap kesayangan anda. 

Jadi, jika anda mahu trak pikap anda sentiasa mampu melakukan kerja dan tugasan berat, gunalah diesel Euro5. Lebih afdal, isi sahaja Euro5 di BHPetrol yang kini ditawarkan di lebih 200 stesen minyak seluruh Malaysia. 

Kalau tidak percaya diesel Euro5 memang terbaik, boleh tengok sendiri video di bawah. Abang Gan sendiri sudah cuba diesel Euro5 dan lihatlah betapa seronoknya dia. 😅🔥😜😍🥰😘

BACA >>> “Hilux Hilux is the Way”, Tunku Azizah Teruja Trak Pikap Toyota Selamat Redah Banjir
BACA >>> 6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Hilux (2020) yang Lagi Power, Lebih Kacak

Auto Terkini BHPetrol diesel euro5 Diesel untuk Trak Pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.