Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mahu Contohi Singapura, Masuk Kuala Lumpur Bakal Dikenakan Tol
Auto Terkini

Mahu Contohi Singapura, Masuk Kuala Lumpur Bakal Dikenakan Tol

Abang GYLBy Abang GYL06/10/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ANDA mungkin perlu bayar ‘tol’ jika memandu kenderaan persendirian untuk masuk ke Kuala Lumpur pada waktu puncak selepas siap projek Trafik Aliran Massa (MRT) Line 1, Disember nanti. Itu antara dasar yang sedang dibincangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota.

Dalam erti lain, DBKL kini sedang merancang mengikuti jejak langkah Singapura yang memperkenalkan Skim Perlesenan Kawasan (ALS), di mana setiap kenderaan persendirian bakal dikenakan bayaran tanpa tol menerusi teknologi wayarles yang diletakkan pada tiang-tiang sekitar pusat bandar. Setiap kenderaan pula akan mempunyai alat pengimbas seperti Smart Tag yang akan menolak baki secara automatik.

Merujuk laporan portal ekonomi, The Edge, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad berkata, pihak DBKL masih sedang memperincikan pelaksanaan tersebut dan caj bayaran masih belum ditentukan.

trafik-jam-kuala-lumpur
Kredit Foto – Motor Trader

Menurut Nik Mastura, perancangan pelaksanaan polisi itu sememang sudah termasuk dalam Rancangan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang bermatlamat menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam.

“Kami sedang berbincang, termasuk mendapatkan maklum balas orang ramai terutama cara-cara mengubah lanskap pengangkutan awam di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Apapun, pelaksanaan penuh dijangka dibuat selepas perkhidmatan MRT Line 1 siap beroperasi Disember ini. Bagaimana pula pandangan anda mengenai pelaksanaan ini?

ALS DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Masuk kuala lumpur bayar tol Rancangan Struktur Kuala Lumpur 2020 Skim Perlesenan Kawasan
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026

    1 Comment

    1. khairul on 08/10/2016 02:59

      terbaik lah DBKL ni..m..duit tol tu nanti kemana plak peginya?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.