• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mahu Contohi Singapura, Masuk Kuala Lumpur Bakal Dikenakan Tol

Mahu Contohi Singapura, Masuk Kuala Lumpur Bakal Dikenakan Tol

October 6, 2016 By Abang GYL 1 Comment

FacebookTwitter

ANDA mungkin perlu bayar 'tol' jika memandu kenderaan persendirian untuk masuk ke Kuala Lumpur pada waktu puncak selepas siap projek Trafik Aliran Massa (MRT) Line 1, Disember nanti. Itu antara dasar yang sedang dibincangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota.

Dalam erti lain, DBKL kini sedang merancang mengikuti jejak langkah Singapura yang memperkenalkan Skim Perlesenan Kawasan (ALS), di mana setiap kenderaan persendirian bakal dikenakan bayaran tanpa tol menerusi teknologi wayarles yang diletakkan pada tiang-tiang sekitar pusat bandar. Setiap kenderaan pula akan mempunyai alat pengimbas seperti Smart Tag yang akan menolak baki secara automatik.

Merujuk laporan portal ekonomi, The Edge, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad berkata, pihak DBKL masih sedang memperincikan pelaksanaan tersebut dan caj bayaran masih belum ditentukan.

trafik-jam-kuala-lumpur
Kredit Foto - Motor Trader

Menurut Nik Mastura, perancangan pelaksanaan polisi itu sememang sudah termasuk dalam Rancangan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang bermatlamat menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam.

"Kami sedang berbincang, termasuk mendapatkan maklum balas orang ramai terutama cara-cara mengubah lanskap pengangkutan awam di Kuala Lumpur," katanya lagi.

Apapun, pelaksanaan penuh dijangka dibuat selepas perkhidmatan MRT Line 1 siap beroperasi Disember ini. Bagaimana pula pandangan anda mengenai pelaksanaan ini?

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ALS, DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Masuk kuala lumpur bayar tol, Rancangan Struktur Kuala Lumpur 2020, Skim Perlesenan Kawasan

Comments

  1. khairul says

    October 8, 2016 at 2:59 AM

    terbaik lah DBKL ni..m..duit tol tu nanti kemana plak peginya?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my