Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAA Mohon Kerajaan Lanjut Tempoh Pengecualian SST untuk 6 Bulan Lagi
Auto Terkini

MAA Mohon Kerajaan Lanjut Tempoh Pengecualian SST untuk 6 Bulan Lagi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERSATUAN Automotif Malaysia (MAA) memohon Kerajaan melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk enam bulan lagi dalam usaha memacu kembali jualan industri automotif tempatan.

Sebelum ini, Kerajaan sudah mengumumkan 100 peratus pengecualian cukai untuk semua model kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus bagi kenderaan import (CBU) selama enam bulan hingga 31 Disember ini.

Permohonan itu disuarakan MAA berikutan keputusan Kerajaan menutup sepenuhnya sektor automotif bermula 1 Jun lalu menerusi perintah kawalan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan Fasa 2.

BACA >>> #TahukahAnda: Rupanya Inilah Maksud Sebenar di Sebalik Pelekat Kereta Jepun

 

Ini bermaksud, aktiviti pengedar, jualan dan pembuatan gagal berjalan secara normal sejak dua bulan lalu dan pada masa sama, tempahan kenderaan baharu diterima kian meningkat.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad mencadangkan SST dilanjutkan bersandarkan situasi negara dan pemain-pemain dalam sektor automotif tempatan.

Selain aktiviti jualan dan pengedaran ditutup, rata-rata pengeluar automotif di Malaysia berdepan masalah lain itu memperoleh bekalan cip untuk pembuatan kenderaan. Aishah menjangka masalah global itu akan berlarutan tiga hingga enam bulan akan datang. Situasi itu belum mengambil kira senario lanjutan sekatan ekonomi dan PPN.

Beliau mendakwa ada syarikat Malaysia terlibat dalam pembuatan komponen mikrocip, tetapi sekatan semasa di negara ini menyekat operasi pembuatan untuk tujuan eksport. Malah ada pembuat cip dari negara luar sudah menghubungi pembekal komponen di Malaysia bertanyakan status bekalan.

BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
BACA >>> Perodua Jual 20,399 Unit Kenderaan Sepanjang April Lalu, 9,000 Ativa Sudah Dihantar
BACA >>> Proton X70 SE (2021) Lancar di Malaysia dengan Rupa Lebih Segar, Mewah
BACA >>> Lebih Banyak Pengedar Automotif Bakal Gulung Tikar!

Auto Terkini Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Datuk Aishah Ahmad MAA Masalah cip Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.