Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAA: Kereta Atas Jalan (OTR) dan CKD Tak Naik Harga Tahun Ini!
Auto Terkini

MAA: Kereta Atas Jalan (OTR) dan CKD Tak Naik Harga Tahun Ini!

Han OthmanBy Han Othman22/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIADA sebarang kenaikan harga kereta atas jalan (OTR) bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) sepanjang tahun ini, menurut, Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, Kementerian Kewangan memutuskan untuk menyerap perbezaan harga OTR bagi model tertentu hingga 30 Disember 2020.

BACA >>> Tiada Lagi Unit CBU, Proton X50 Akan Terus Lancar dalam Versi CKD!

“Ini untuk model yang terjejas oleh ketelusan pengiraan nilai pasaran terbuka (OMV), seperti digariskan dalam Customs Gazette P.U.A (402) bertarikh 31 Disember 2019.

“Sebarang kenaikan harga OTR (untuk model tersebut) akan diserap sepenuhnya atau dikecualikan Kementerian Kewangan tahun ini dan perbezaan duti untuk tahun-tahun sebelum ini akan turut dikecualikan, berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Aishah berkata demikian dalam taklimat media mengenai tinjauan pasaran 2019 dan prospek 2020 MAA di Kuala Lumpur, hari ini. Menurutnya lagi, syarikat automotif diminta mengemukakan OMV bagi model terjejas kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan segera.

“Rundingan lanjut akan dilakukan JKDM, Kementerian Kewangan dan penggiat industri untuk menentukan pelaporan telus OMV selepas 2020,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengiraan MAA, Kerajaan akan menyerap hingga RM33,000 seunit melalui langkah itu. Sementara itu,  semakan semula Dasar Automotif Nasional (NAP) akan diumumkan pada suku pertama 2020.

“NAP 2020 pada dasarnya diluluskan. Saya diberitahu Kabinet sudah mengesahkannya dan akan diumumkan Perdana Menteri pada suku pertama 2020.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang menunggu tarikh dan masa Perdana Menteri untuk mengumumkannya. Oleh itu, tidak lama lagi,” katanya.

BACA >>> #PanduUji: Mitsubishi Outlander CKD, SUV 7-Tempat Duduk, Harga Pula Tak Masuk Akal!

SUMBER: Bernama

Auto Terkini CKD Dasar Automotif Nasional (NAP) Datuk Aishah Ahmad Harga Kereta Atas Jalan (OTR) Kementerian Kewangan Nilai Pasaran Terbuka (OMV) Pemasangan Tempatan (CKD) Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.