Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lotus Hasilkan Basikal Lumba Trek Pasukan UK untuk Sukan Olimpik Paris 2024
Auto Terkini

Lotus Hasilkan Basikal Lumba Trek Pasukan UK untuk Sukan Olimpik Paris 2024

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize13/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA Sukan Olimpik Paris 2024, Lotus mengumumkan akan menghasilkan basikal trek untuk pasukan Britain.

Jenama automotif asal Britain itu turut mendedahkan Lotus Engineering dan bahagian perundingan syarikat sedang mengendalikan pembangunan basikal trek baharu tersebut.

BACA >>> Lotus Emira (2022) Lancar di Malaysia! Harga Mula RM1.13j, Langkawi Semurah RM457k!
BACA >>> Kereta Sport Milik Pengasas Lotus Buka Bidaan, Anggaran Harga Lebih RM310k!

Lotus kini masih belum mendedahkan data basikal baharu berkenaan, tetapi dijangka memiliki spesifikasi lebih kurang sama atau lebih baik daripada produk dihasilkan sebelum ini bersama pasukan berbasikal Britain pada Olimpik Tokyo 2020.

Pembuatan basikal lumba bukan asing buat Lotus kerana sebelum ini pernah menghasilkan produk konsep revolusi Lotus Type 108 yang mempamerkan rekabentuk monokok bergaya daripada komposit karbon termaju, dan pendekatan aerodinamik mengagumkan menerusi keratan rentas aerofoil.

Malah, Lotus Type 108 pernah membantu pelumba Britain, Chris Boardman menempatkan diri dalam sejarah lumba basikal trek apabila memenangi emas pada Olimpik 1992 di Barcelona.

Kejayaan beliau turut mencetuskan pembinaan Lotus Type 110 untuk percubaan masa yang menampilkan inovasi serupa. Menerusi model itu, Boardman turut memenangi percubaan masa Prologue ketika Tour de France 1994.

Dengan kemajuan teknologi masa kini, Lotus dilihat bakal menggunakan material lebih ringan, lasak dan aerodinamik dioptimum untuk menghasilkan basikal lumba yang mampu menjuarai emas pada Olimpik Paris 2024.

Ketua Aerodinamik Lotus, Richard Hill berkata, berbeza era dahulu yang hanya menumpukan pembangunan basikal aerodinamik yang mampu bergerak pantas, sebaliknya Lotus menggunakan pendekatan berbeza.

Terdapat dua elemen berasingan – basikal dan penunggang – yang bersatu bergabung satu untuk bergerak di udara. Itulah pendekatan kami ambil dengan basikal Tokyo dan diteruskan untuk Paris 2024,” katanya.

BACA >>> Kereta Sport Milik Pengasas Lotus Buka Bidaan, Anggaran Harga Lebih RM310k!
BACA >>> Lotus Buka Program Lawatan Kilang kepada Umum, Serendah RM530

SUMBER: Carmudi

Auto Terkini basikal basikal lotus Basikal Lumba Britain Lotus Engineering olimpik paris 2024 Richard Hill roda2
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Lancar UCar-e, Aplikasi Sewa Kereta Dalam Kampus untuk Pelajar, Kakitangan Universiti

    03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program MEGA X9 REWARDS

    03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    03/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam03/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.