Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»London Haramkan Uber, Pemandu ‘Black Cab’ Tarik Nafas Lega
Auto Terkini

London Haramkan Uber, Pemandu ‘Black Cab’ Tarik Nafas Lega

Han OthmanBy Han Othman23/09/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENGGEMPARKAN, London akhirnya memutuskan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi e-hailing, Uber, sekali gus memulihkan kembali industri teksi tradisional yang terkenal dengan julukan ‘Black Cab’ di ibu kota itu.

Pihak berkuasa Pengangkutan London (TfL) dalam satu kenyataan berkata, pendekatan dan pengurusan Uber jelas tidak melayakkan syarikat itu diberikan lesen sewa persendirian. Jadi, lesen Uber bakal ditamatkan pada 30 September ini, dan kebiasaannya akan diberikan tempoh masa tambahan hingga 21 hari yang mana rayuan boleh dikemukakan.

Keputusan mengejutkan itu dibuat susulan pelbagai laporan diterima mengenai serangan jenayah serius yang sesetengahnya dilakukan sendiri pemandu Uber, pertikaian mengenai tahap sijil kesihatan pemandu, bagaimana rekod jenayah seseorang pemandu diperiksa dan rekaan perisian yang mampu menghalang pihak polis mendapatkan akses penuh ke atas aplikasi berkenaan.

BACA >>> Penumpang Bengang, Pemandu Uber Buat Aksi Seks dengan Orang Sebelah


Uber mendakwa memiliki 3.5 juta pengguna di London, iaitu hampir separuh daripada populasi ibu kota tersebut, dan daripada jumlah itu, terdapat kira-kira 40,000 pemandu berkhidmat. Namun, apabila beroperasi sejak 2012, Uber tidak lepas daripada kecaman pemandu ‘Black Cab’ kerana mereka perlu menjalani pemeriksaan peribadi dan ujian kecekapan ketat sebelum dibenarkan bekerja. Sedangkan pemandu Uber langsung tiada syarat tersebut.

Uber dijangka membuat rayuan dan kemungkinan melakukan perubahan drastik dalam usaha mendapatkan lesen sah daripada Kerajaan London. Pengarah Undang-Undang Kesatuan Pemandu Teksi (GMB), Maria Ludkin dalam satu kenyataan disiarkan susulan berita TfL berkata;

Tiada syarikat boleh bertindak melangkaui undang-undang, termasuk Uber. Akibat tekanan berterusan daripada pemandu dan orang awam, Uber mengalami satu lagi kekalahan. Ini ialah masa syarikat itu… mengubah caranya.”

MALAYSIA MASIH TENANG

Sementara itu di Malaysia, pemandu dan pengguna Uber dan Grab diharapkan bertenang kerana dua syarikat tersebut sudah pun dibenarkan beroperasi secara sah di Malaysia dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Julai lalu. Jadi tidak perlu bimbang.

Malah, Uber baru-baru ini bekerjasama dengan Proton, Cartrade Group dan Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB) di bawah Bank Rakyat menerusi penubuhan Quick Ride, yang menawarkan sewa beli kereta Proton Saga dan Persona untuk dijadikan kenderaan Uber dengan bayaran deposit serendah RM1,000.

BACA >>> Quick Ride Tawar Skim Beli Proton untuk Pandu Uber Serendah RM45/hari, Servis Percuma!

SUMBER: Car Throttle

Auto Terkini Black Cab London London haramkan Uber Pengangkutan London (TfL) perisian e-hailing perkhidmatan teksi e-hailing Roda4 Teksi teksi London Uber
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.