• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / London Haramkan Uber, Pemandu ‘Black Cab’ Tarik Nafas Lega

London Haramkan Uber, Pemandu 'Black Cab' Tarik Nafas Lega

September 23, 2017 By AO 3 Comments

FacebookTwitter


MENGGEMPARKAN, London akhirnya memutuskan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi e-hailing, Uber, sekali gus memulihkan kembali industri teksi tradisional yang terkenal dengan julukan 'Black Cab' di ibu kota itu.

Pihak berkuasa Pengangkutan London (TfL) dalam satu kenyataan berkata, pendekatan dan pengurusan Uber jelas tidak melayakkan syarikat itu diberikan lesen sewa persendirian. Jadi, lesen Uber bakal ditamatkan pada 30 September ini, dan kebiasaannya akan diberikan tempoh masa tambahan hingga 21 hari yang mana rayuan boleh dikemukakan.

Keputusan mengejutkan itu dibuat susulan pelbagai laporan diterima mengenai serangan jenayah serius yang sesetengahnya dilakukan sendiri pemandu Uber, pertikaian mengenai tahap sijil kesihatan pemandu, bagaimana rekod jenayah seseorang pemandu diperiksa dan rekaan perisian yang mampu menghalang pihak polis mendapatkan akses penuh ke atas aplikasi berkenaan.

BACA >>> Penumpang Bengang, Pemandu Uber Buat Aksi Seks dengan Orang Sebelah


Uber mendakwa memiliki 3.5 juta pengguna di London, iaitu hampir separuh daripada populasi ibu kota tersebut, dan daripada jumlah itu, terdapat kira-kira 40,000 pemandu berkhidmat. Namun, apabila beroperasi sejak 2012, Uber tidak lepas daripada kecaman pemandu 'Black Cab' kerana mereka perlu menjalani pemeriksaan peribadi dan ujian kecekapan ketat sebelum dibenarkan bekerja. Sedangkan pemandu Uber langsung tiada syarat tersebut.

Uber dijangka membuat rayuan dan kemungkinan melakukan perubahan drastik dalam usaha mendapatkan lesen sah daripada Kerajaan London. Pengarah Undang-Undang Kesatuan Pemandu Teksi (GMB), Maria Ludkin dalam satu kenyataan disiarkan susulan berita TfL berkata;

Tiada syarikat boleh bertindak melangkaui undang-undang, termasuk Uber. Akibat tekanan berterusan daripada pemandu dan orang awam, Uber mengalami satu lagi kekalahan. Ini ialah masa syarikat itu... mengubah caranya."

MALAYSIA MASIH TENANG

Sementara itu di Malaysia, pemandu dan pengguna Uber dan Grab diharapkan bertenang kerana dua syarikat tersebut sudah pun dibenarkan beroperasi secara sah di Malaysia dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Julai lalu. Jadi tidak perlu bimbang.

Malah, Uber baru-baru ini bekerjasama dengan Proton, Cartrade Group dan Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB) di bawah Bank Rakyat menerusi penubuhan Quick Ride, yang menawarkan sewa beli kereta Proton Saga dan Persona untuk dijadikan kenderaan Uber dengan bayaran deposit serendah RM1,000.

BACA >>> Quick Ride Tawar Skim Beli Proton untuk Pandu Uber Serendah RM45/hari, Servis Percuma!

SUMBER: Car Throttle

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: auto terkini, Black Cab, London, London haramkan Uber, Pengangkutan London (TfL), perisian e-hailing, perkhidmatan teksi e-hailing, Roda4, Teksi, teksi London, Uber

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Lagi Kelibat Perodua Ativa Dikesan, Kali Ini Lebih Jelas
    #Spyshot: Lagi Kelibat Perodua Ativa Dikesan, Kali Ini Lebih Jelas
  • #Tular: Suspek Waja Terakhir Akhirnya Kena Tangkap, Ada 20 Rekod Jenayah dan Dadah
    #Tular: Suspek Waja Terakhir Akhirnya Kena Tangkap, Ada 20 Rekod Jenayah dan Dadah
  • #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
    #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
  • Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!
    Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my