Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Litar Pintas Pada Unit Pengecas MotoE Disyaki Punca Kebakaran Litar Jerez
Auto Terkini

Litar Pintas Pada Unit Pengecas MotoE Disyaki Punca Kebakaran Litar Jerez

AryonBy Aryon17/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAPORAN awal mendedahkan insiden kebakaran ketika sesi ujian kedua di Litar Jerez pada Rabu malam lalu ialah berpunca akibat litar pintas di salah satu unit pengecas. Api dikatakan tercetus di ruang padok sebelum merebak cepat dan membakar struktur mobil, dan semua 18 jentera, termasuk laptop pasukan, kelengkapan, alat ganti dan kit menunggang.

BACA >>> MotoGP Sah Anjur MotoE 2019 – Perlumbaan Motosikal Elektrik Guna Jentera Energica EvoGP

Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan:

Walaupun kami menunggu kesimpulan rasmi tentang siasatan daripada polis tempatan, bukti awal berhubung punca kebakaran di e-padok FIM Enel Piala Dunia MotoE di Circuito de Jerez-Angel Nieto pada 14 Mac menjuruskan kepada litar pintas sebagai punca utama insiden.

Punca litar pintas belum dikenal pasti tetapi ketika kebakaran meletus, ia menyalakan bateri ketumpatan tinggi yang jadi sebahagian daripada pengecas prestasi tinggi MotoE. Bagaimanapun, tiada jentera disambungkan kepada infrastruktur pengecas ketika kebakaran berlaku.”

MotoE dijadualkan bermula serentak dengan saingan MotoGP pertama di Eropah pada minggu pertama Mei sebelum disusuli empat litar lain, iaitu di Le Mans (Perancis), Sachsenring (Jerman), Red Bull Ring (Austria) dan Misano (Itali).

Namun, berdasarkan insiden yang berlaku, masing-masing pasukan, termasuk pengajur kini bergelut dengan masa untuk menyediakan jentera dan infrastruktur sepantasnya jika mahu juga meneruskan musim perlumbaan tahun ini. Apa yang pasti, pusingan di Jerez terpaksa dibatalkan dan perincian mengenai struktur baharu kejuaraan itu belum disahkan.

BACA >>> Kalendar FIM Enel MotoE World Cup 2019 Disiar, 11 Pasukan Berentap dalam 5 Pusingan

Sementara itu, kerajaan tempatan Jerez selaku pemilik litar berkenaan turut menyiarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan tiada kerosakan berlaku terhadap infrastruktur kekal, dan GP Sepanyol akan diteruskan mengikut jadual perlumbaan sedia ada.

Siri ujian kedua pada hari sama sebelum kebakaran tercetus menyaksikan pelumba Brazil, Eric Granado mencatatkan masa terpantas, 1:48.984.

SUMBER: MCN

2019 FIM Enel MotoE World Cup Auto Terkini Enel FIM Kejuaraan Piala Dunia MotoE Kebakaran Litar Jerez Litar Jerez motosikal elektrik sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.