• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kalendar FIM Enel MotoE World Cup 2019 Disiar, 11 Pasukan Berentap dalam 5 Pusingan

Kalendar FIM Enel MotoE World Cup 2019 Disiar, 11 Pasukan Berentap dalam 5 Pusingan

September 17, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


BAGI musim 2019, perlumbaan motosikal elektrik bakal memasuki kalendar saingan motosikal Kejuaraan Dunia Grand Prix (GP). Pada Februari lalu, FIM dan Dorna selaku pemegang hak dan badan pengurusan MotoGP, mengumumkan kejuaraan FIM Enel MotoE World Cup.

Kelas baharu motosikal itu bersedia membariskan 11 pasukan dengan 7 daripadanya ialah pasukan persendirian yang turut berentap dalam MotoGP, terdiri daripada Fresini, Angel Nieto, Avintia, Pramac, Marc VDS, LCR dan Tech 3.

BACA >>> MotoGP Sah Anjur MotoE 2019 - Perlumbaan Motosikal Elektrik Guna Jentera Energica EvoGP

Semasa GP San Marino, banyak butiran perlumbaan didedahkan membabitkan kalendar 5 pusingan perlumbaan MotoE yang beraksi serentak dengan jadual MotoGP 2019 seperti berikut:

Jadual MotoE 2019 ialah seperti berikut:

  • 5 Mei, Jerez, Sepanyol
  • 19 Mei, Le Mans, Perancis
  • 7 Julai, Sachsenring, Jerman
  • 11 Ogos, Spielberg, Austria
  • 5 September, Misano, San Marion

Selain jadual, FIM dan Dorna juga menyiarkan maklumat tambahan tentang MotoE 2019:

Panjang Perlumbaan: Bergantung kepada trek, perlumbaan motosikal elektrik akan berakhir antara 7 hingga 10 pusingan.

Spesifikasi Jentera: Energica Ego Corsa dibangunkan berasaskan model asas. Pengurangan berat ialah perubahan terbesar untuk jentera lumba berbanding jentera pengeluaran dengan berat cuma 260kg, iaitu 20.4kg lebih ringan daripada Energica pengeluaran.

Spesfikasi lain:

  • Kuasa enjin: Hingga 160hp
  • Tork: 200Nm
  • Kelajuan maksimum: Hingga 270kmj
  • Pek bateri: 20kw

Pasukan: Seperti disebut di atas, pasukan yang menghantar dua kemasukan (MotoE dan MotoGP) ialah:

  • Tech 3 Racing
  • LCR Team
  • Pramac Racing
  • Esponsorama Racing
  • Gresini Racing
  • Angel Nieto Team

Pasukan yang cuma menyertai MotoE pua ialah:

  • Marc VDS Racing Team
  • Ajo Motorsport
  • Pons Racing
  • Dynavolt Intact GP
  • SIC58 Squadra Corse

Ujian rasmi pertama akan berlangsung pada 23-25 November ini di Valencia, Sepanyol.

SUMBER: UltimateMotorcycling

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2019 FIM Enel MotoE World Cup, Auto Terkini, Dorna, FIM, FIM Enel MotoE World Cup, Kejuaraan Grand Prix, MotoE, MotoGP, motosikal elektrik, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my