Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Limited Edition Ford Ranger Splash – Eksklusif untuk Festival Beli Belah 11.11 Lazada
Auto Terkini

Limited Edition Ford Ranger Splash – Eksklusif untuk Festival Beli Belah 11.11 Lazada

Han OthmanBy Han Othman25/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan Limited Edition Ford Ranger Splash yang dilancarkan serentak bersempena Festival Beli-Belah Lazada 11.11 yang bakal menjelang bulan depan.

Menariknya, Limited Edition Ford Ranger Splash ialah model trak pikap pertama di Malaysia yang akan dijual menggunakan platform e-dagang, Lazada. Malah ia cuma ditayangkan di satu bilik pameran sahaja, iaitu Ford Petaling Jaya 2, Sime Darby Auto ConneXion.

Apa pakej menarik yang ada pada Limited Edition Ford Ranger Splash?

  • Tampil dalam warna serba hitam dengan pakej aksesori seperti bar kanggaru hitam kusam, gril depan istimewa, perumah cermin sisi, bampar belakang, bar sport, rim aloi dan fender lebar.
  • Ada peranti bayaran tol elektronik dan paparan kamera 360º.
  • Pelekat logo ‘Ranger Splash’ dengan warna pendarfluor sepanjang sisi badan trak pikap untuk rupa agresif, sesuai dengan tema edisi terhad.
  • Hanya 19 unit dikeluarkan dan semua akan dijual secara eksklusif menerusi Lazada pada 11 November ini semasa Lazada 11.11 Shopping Festival.
  • Berharga RM138,888 dan boleh ditempah awal melalui fungsi ‘Chup Dulu’ dalam aplikasi Lazada.
  • Pembeli hanya perlu bayar yuran tempahan RM1,389.
  • Lebih menarik, bermula 28 Oktober-10 November ini, pembeli boleh ‘Chup’ unit Limited Edition Ford Ranger Splash dengan deposit 10 peratus sahaja, iaitu RM139 (tiada pemulangan deposit) menerusi aplikasi Lazada*.
  • Baki RM1,250 pula dibayar pada 11 November nanti sebagai syarat pengesahan. Yuran tempahan hanya boleh dikembalikan jika bayaran penuh yuran tersebut sudah dibuat dan semua 19 unit trak habis ditempah*.
  • Wakil Ford akan menghubungi pembeli untuk menyelesaikan urusan pembelian di mana-mana bilik pameran yang dikehendaki.
  • 11 pelanggan pertama yang berjaya menyelesaikan pembelian mereka akan dapat PETRONAS Gift Card bernilai RM500 ketika penghantaran kenderaan*.

* Tertakluk terma dan syarat

Apa pula spesifikasi Limited Edition Ford Ranger Splash?

  • Dijana enjin diesel 2.0L Single-Turbo dengan transmisi automatik 10-kelajuan berkuasa 178hp dan tork 420 Nm.
  • Dipakejkan ciri keselamatan pintar seperti: Pintu But Mudah Angkat (Easy Lift Tailgate), penghidup tanpa kunci (keyless entry), dan punat tekan mula (push-start), Stereng Bantuan Kuasa Elektrik (EPAS) dan lampu siang (DRL) LED yang disepadukan bersama lampu utama jenis HID.
  • Sistem infotainment skrin sentuh 8-inci dengan sistem operasi SYNC 3 untuk konektiviti telefon pintar dengan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto. Juga ada ciri wayarles Bluetooth.
  • Waranti 3 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu), dan Servis Percuma 5 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu)

Maklumat lanjur mengenai Limited Edition Ford Ranger Splash boleh layari: sdacford.com.my.

GALERI

Festival Beli Belah 11.11 Lazada Ford Ranger Lazada Limited Edition Ford Ranger Splash Roda4 Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

29/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie30/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.