Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus Perkenal Model Konsep BEV Generasi Baharu, LF-ZC dan LF-ZL Guna Gigacasting!
Roda4

Lexus Perkenal Model Konsep BEV Generasi Baharu, LF-ZC dan LF-ZL Guna Gigacasting!

Abang HirataBy Abang Hirata26/10/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAMERAN Mobiliti Jepun (JMS) 2023 menjadi medan Lexus memperkenalkan model konsep bawah tema ‘Pushing the Boundaries of the Electrified Experience’.

Dua model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) generasi baharu diperkenalkan, iaitu LF-ZC dan LF-ZL yang menyerlah dengan gaya futuristik.

Lexus LF-ZC merujuk kepada Lexus Future Zero-emission Catalyst, iaitu antara model generasi baharu BEV Lexus yang bakal dilancarkan di pasaran pada 2026.

Rekabentuk LF-ZC seperti siap untuk dikeluarkan dengan membawa tema ‘Provocative Simplicity’ dengan perkadaran anggun dan kemas selain menumpukan aspek aerodimanik.

Badan LF-ZC mempunyai pusat graviti (CoG) rendah, dan kabin luas yang secara keseluruhan mengadunkan kefungsian dan estetik.

Generasi baharu BEV Lexus dibuat dalam pakej lebih versatil dengan meminimum komponen utama dan diterjemahkan kepada prestasi pemanduan.

LF-ZC akan memberikan dinamika pemanduan menyeronokkan yang mana pemandu dan kereta disatukan dengan memanfaatkan karakteristik inersia BEV dan teknologi seperti sistem pacuan semua roda DIRECT4.

LF-ZC juga akan memanfaatkan sistem Steer-by-Wire untuk rasa stereng natural dan linear.

Ruang kabin kereta meletakkan pemandu dan penumpang sisi dalam posisi rendah dan berdepan yang mewujudkan fiil luas.

Lantai rata penuh dan bumbung panoramik menambah keluasan yang membawa konsep terbuka. Sebagai model generasi baharu, LF-ZC menggunakan teknologi digital Intelligent Cockpit.

Fungsi kereta disatukan dalam pad digital dengan kawalan kenderaan seperti anjakan gear, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dan mod pemanduan pad kiri.

Kawalan lain seperti muzik, suhu, telefon dan fungsi AI dimasukkan pada pad kanan dalam susunan intuitif dan mudah guna.

Penggunaan perisian Arene OS membolehkan kemas kini dibuat berterusan yang selari  perkembangan teknologi seperti teknologi keselamatan dan multimedia.

Maklumat untuk pemandu ditayangkan pada skrin depan menggunakan konsep sama seperti paparan dongak (HUD). Skrin penumpang sebelah pula jenis platform terbuka untuk hiburan dan pelbagai aplikasi.

Satu lagi ciri menarik ialah konsep Bamboo CMF (color, material, finish) pada ruang kabin yang mewakili usaha Lexus dalam kelestarian seperti bahan serat buluh dan fabrik tenun daripada benang buluh.

LF-ZC dan BEV generasi baharu Lexus akan menggunakan bateri prestasi tinggi canggih yang dibuat daripada struktur primastik.

Bateri direka untuk meningkatkan jarak pemanduan melalui gabungan ciri aerodinamik dan perngurangan berat, sekali gus meningkatkan kecekapan kereta dan prestasi bateri.

ketumpatan tenaga tinggi dicapai dengan meringkas dan memadatkan struktur bateri yang membolehkan penyepaduan lebih banyak tenaga dalam kereta.

Bukan setakat kecekapan, bateri profil rendah membolehkan kereta ini mempunyai bentuk lebih menarik. Seperti yang diperkatakan, Lexus akan menggunakan kaedah pembuatan gigacasting dengan badan kereta dibahagi tiga bahagian: depan, tengah dan belakang.

Kaedah tuang (casting) memberikan lebih banyak kebebasan dalam bentuk dan penyatuan perkakasan juga meningkatkan ketegaran untuk dinamika kereta linear dan natural.

Satu lagi, proses pengeluaran turut melibatkan barisan pemasangan pemanduan kendiri yang mana kereta boleh digerakkan autonomi untuk peringkat pemasangan seterusnya.

Kereta ini boleh memandu sendiri dengan menggunakan pacuan daripada bateri, motor tayar dan komponen terminal wayarles pada bahagian depan, tengah dan belakang.

Ketiadaan tali sawat konveyor (conveyor belts) pada barisan pengeluaran juga memberikan lebih keanjalan dalam menyusun semula bentangan kilang apabila diperlukan dan mengurangkan tempoh persediaan pengeluaran.

Spesifikasi utama Lexus LF-ZC
  • Panjang: 4,750 mm
  • Lebar: 1,880 mm
  • Tinggi: 1,390 mm
  • Jarak roda: 2,890 mm
  • Nilai Cd: Di bawah 0.2 (sasaran)

Berbeza LF-ZC, satu lagi model konsep iaitu Lexus LF-ZL membawa gaya badan crossover atau hatchback yang lebih besar. LF-ZL mewakili model mewah perdana Lexus masa depan.

Dalam saiz besar, LF-ZC mempunyai ruang kabin luas dengan ciri tradisional Otomenashi (hospitaliti Jepun) dipertingkat melalui teknologi.

Menggunakan teknologi Interactive Reality in Motion,sensor terbina dalam beroperasi bersama maklumat digital dari sekeliling.

Contohnya, apabila pemandu menunjukkan objek atau lokasi menarik perhatian ketika perjalanan, skrin akan memaparkan maklumat berserta panduan suara.

Spesifikasi utama Lexus LF-ZL
  • Panjang: 5,300mm
  • Lebar: 2,020mm
  • Tinggi: 1,700mm
  • Jarak roda: 3,350mm


BACA >>> Lexus RX 350 Luxury AWD (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM468k!
BACA >>> Lexus LBX Guna Platform Toyota Yaris Cross dengan Enjin 3-Silinder 1.5L Berkuasa 134hp!

Lexus LF-ZC
Lexus LF-ZL
Teknologi Gigacasting
Lexus Lexus LF-ZC Lexus LF-ZL Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026

    1 Comment

    1. Sistem Informasi on 26/10/2023 09:49

      Dua model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) generasi baharu diperkenalkan iaitu LF-ZC dan LF-ZL yang menyerlah dengan gaya futuristik.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.