Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus RX 350 Luxury AWD (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM468k!
Roda4

Lexus RX 350 Luxury AWD (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM468k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS Malaysia mengumumkan ketibaan kenderaan utiliti sukan (SUV) generasi kelima RX ke pasaran tempatan yang sarat dengan pelbagai pembaharuan untuk tampil lebih menarik dan meningkatkan lagi kualiti pemanduan.

SUV diimport (CBU) dari Jepun itu ditawarkan dalam satu varian, iaitu Lexus RX 350 Luxury AWD (2023) dan tempahan boleh dibuat bermula 17 Mei ini. Berikut perinciannya:

HARGA

  • Lexus RX 350 Luxury (2023) ditawarkan pada harga RM468,888.

PILIHAN WARNA

  • Ada enam pilihan warna badan Lexus RX 350 Luxury (2023), iaitu Sonic Quartz (putih), Sonic Iridium (perak), Sonic Titanium (perak gelap), Graphite Black Glass Flake (hitam) dan Sonic Copper (tembaga).

TRENKUASA

Cuma satu pilihan enjin disediakan, 4-silinder 2.4L Turbo berkuasa 275hp @ 6,000rpm dan tork 430Nm @ 1,700-3,600rpm, manakala transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift-8AT.

Datang dalam konfigurasi sistem pacuan semua roda (AWD) dengan nisbah agihan tork roda depan dan roda belakang boleh berubah mengikut keperluan pemanduan, misalnya 50:50 atau 75:25 (belakang).

REKABENTUK

Perubahan Depan

Gril spindel yang menjadi ciri signatur Lexus sejak sedekad lalu diubah kepada badan spindel (spindle body). Gril edisi 2023 tidak lagi nampak seperti jam pasir.

Gril generasi baharu yang lebih halus disatukan bersama bampar depan untuk menyerlahkan rekabentuk dinamik dan moden.

Bucu bonet direka semula dan dipertingkat untuk memberi lebih banyak manfaat kepada pemandu ketika membelok, selain meningkatkan daya pandangan garisan atas jalan.

Bucu tingkap direndahkan untuk menyerlahkan gaya lebih unik. Lampu utama LED kini lebih tirus dengan latar hitam untuk menonjolkan lampu siang (DRL) berbentuk abjad L. SUV ini didatangkan dengan rim aloi ringan 21 inci berwarna Hyper Chrome Metallic.

Transformasi Belakang

Bahagian belakang menerima sambungan lensa lampu tunggal yang menghubungkan dua set lampu belakang sebelah kiri dan kanan. Lampu signal belok dan lampu undur kini bersaiz lebih kecil.

Garisan badan belakang dikurangkan dan tiada lagi bentuk jam pasir. Logo ‘L’ digantikan lencana teks LEXUS bersaiz kecil yang diposisikan di tengah but belakang.

Nama model masih dikekalkan sebelah kanan bawah pintu but. Bahagian nombor plat lebih kecil dan kemas berbanding model 2022 yang membuatkan rupa belakang nampak lebih lebar.

LEBIH AERODINAMIK

Visual badan Lexus RX 350 Luxury (2023) turut menekankan aspek aerodinamik menerusi ujian terowong angin untuk mengurangkan rintangan angin.

Fasia depan membantu menyalur undara sekeliling ‘badan spindel’ yang turut membantu menyejukkan sistem brek.

Perubahan lain membabitkan hendal pintu, garis badan dan bawah bampar belakang untuk mengurangkan seretan angin. Bentuk dan posisi spoiler belakang dikemas kini, manakala jarak antara cermin sisi dan permukaan panel cermin pintu diubah untuk menambah baik aliran angin.

Permukaan rata kini lebih luas untuk tujuan aerodinamik.

PLATFORM GA-K

Lexus RX 350 Luxury (2023) menggunakan platform GA-K (Arkitektur Global – K) yang ditambah baik berbanding digunakan model terdahulu.

Platform itu menggunakan logam lebih kuat di beberapa bahagian seperti sil sisi dan pilar-B dengan kimpalan dan pelekat inovasi di beberapa bahagian yang bertujuan menambah baik aspek kerigidan.

Berat keseluruhan dikurangkan 90kg menerusi penggunaan panel sisi depan aluminium berbanding keluli. Pusat graviti (CoG) kini lebih rendah, kira-kira 15mm.

Memiliki dimensi panjang 4,890mm (sama seperti model lama), tetapi lebih lebar 25mm (1,920mm) dan lebih tinggi 10mm (1,695mm). Jarak roda bertambah 60mm kepada 2,850mm, manakala lebar jarak trek roda bertambah 65mm.

Anjur depan (overhang) dikekalkan, tetapi belakang lebih pendek 60mm.

PERUBAHAN KABIN

Kabin mengetengahkan konsep Tazuna yang memberi fokus kepada individu. Tazuna ialah visi rekabentuk yang diilhamkan daripada Signatur Pemanduan Lexus (Lexus Driving Signature) dan kali pertama digunakan pada model NX.

Banyak rekaan semula dilakukan pada papan pemuka, terutama paparan dongak (HUD), kluster instrumen panel dan unit infotainmen di tengah papan pemuka yang diposisikan untuk membantu pemandu mengurangkan pergerakan kepala.

Paparan HUD berwarna menampilkan tiga pilihan mod paparan maklumat iaitu:

  • Mod penuh: merangkumi sistem keselamatan Lexus Safety System+ dan ciri bantuan pemandu
  • Mod standard: Rumusan maklumat penting
  • Mod minimum: Menunjukkan hanya kelajuan pemanduan

Kluster instrumen menempatkan meter digital dengan tiga pilihan mod, iaitu NORMAL, ECO dan SPORT.

Unit infotainmen skrin sentuh definisi penuh (HD) 14 inci dan boleh dikawal menggunakan punat jejak (touch tracing) pada stereng. Disediakan konektiviti Android Auto menggunakan kabel, tetapi sambungan Apple CarPlay boleh dibuat secara wayarles.

Banyak butang kawalan pemanduan diposisikan pada stereng, iaitu suis yang dianggap penting. Suis kurang penting pula dijadikan butang digital pada skrin sentuh. Jumlah fizikal suis berkurangan daripada 80 butang kepada 51 butang (turun 37 peratus).

Papan pemuka nampak luas dan bersambung daripada hud meter hingga trim pintu.

Ada ciri pengecas wayarless Qi, lima port USB Type-C (tiga depan, dua belakang) dan satu port USB Type-A untuk penumpang depan. Sistem bunyi menggunakan Lexus Premium Sound System dengan 12 unit pembesar suara.

Trim dalam kabin menampilkan kemasan kayu hitam Black Ash Open Pore Wood Finish dan bumbung kabin juga berwarna hitam.

Penumpang belakang kini mendapat lebih banyak ruang lega lutut, tetapi tiada bumbung suria atau panoramik untuk model kali ini. Kerusi barisan depan pula jenis boleh laras elektrik, dan setiap kerusi dilengkapi ciri pemanas dan pengudaraan sejuk.

Pilar belakang lebih tirus yang memudahkan pemandu memantau situasi belakang lebih luas. SUV ini juga menggunakan hendal pintu elektronik e-Latch sama seperti model baharu NX.

BACA >>> #PanduUji: Berbaloi Tak Beli Lexus RX 300 F Sport Edisi Naik Taraf Ini?
BACA >>> Lexus RX (2019) – SUV Mewah 7-Kerusi Sedia Cabar Pesaing Eropah

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lexus Malaysia Lexus RX 350 Luxury AWD (2023) Pandu uji Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Tempahan di Malaysia

    16/04/2026
    Nissan Skyline bakal kembali
    Auto Terkini

    Nissan Skyline Bakal Kembali!

    16/04/2026
    Honda City Turbo II (kiri) dan Honda Super-N 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Kei-car EV, Honda Super-N 2026 Diperkenal, Harga RM106k Sahaja!

    13/04/2026
    Elektrifikasi

    Shooting-Brake dari China, Denza Z9GT 2026 Kini di Eropah dengan Fungsi ‘Crab-Walk’

    14/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    By Han Othman13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.