Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lexus LC 500 Convertible (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM1.3 Juta
Auto Terkini

Lexus LC 500 Convertible (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM1.3 Juta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEHADIRAN Lexus LC 500 Convertible ke pasaran tempatan menjadi penanda era baharu kenderaan prestasi dengan ciri bumbung boleh buka.

LC 500 Convertible ialah model konvertibel pertama daripada divisyen mewah di bawah Toyota. Rekabentuk menawan digabungkan dengan kejuruteraan dan kehalusan buatan berkualiti terbaik sentuhan Lexus. Ia lebih daripada sebuah coupe tanpa bumbung, malah menawarkan prestasi dan pengendalian dinamik.

TRENKUASA 5.0L V8

  • Enjin 5.0L V8 menghasilkan kuasa 470hp dan tork 540Nm dengan transmisi automatik DirectShift 10-kelajuan.
  • Pecutan 0-100kmj boleh dibuat sepantas 4.9 saat, manakala kelajuan maksimum 270kmj.
  • Atas kertas, coupe ini memberikan kadar penggunaan bahan api 12.7 liter per 100km menerusi teknologi injap variabel pintar DVVT-i dan teknologi transmisi kawalan anjakan pintar Artificial Intelligence Shift Control.
  • Suspensi ditala optimum bagi memberikan keselesaan dan menawarkan prestasi dan kepuasan pengendalian. Ciri Suspensi Variabel Adaptif (AVS) diperhalusi dengan 650 tetapan berbeza untuk daya serap.

KEJURUTERAAN LEXUS MEMPERINCIKAN ERTI KEMEWAHAN SEBENAR

  • Rekabentuk LC 500 Convertible diilhamkan daripada model konsep LF-FC yang diserlahkan menerusi garis badan coupe dan bumbung terbuka.
  • Profil depan rendah dan tajam dengan lampu projektor LED 3-tetapan berserta gril spindel menyerlahkan aura garang, manakala lampu belakang LED memberikan identiti unik tersendiri.
  • Lampu brek ketiga disepadukan pada hujung but menjadikan rekaan lebih kemas.

 

  • Bahagian roda menggunakan rim 21 inci dwi-tona dengan kemasan hitam.
  • Bumbung boleh buka dengan satu sentuhan punat dalam masa 15 saat (turun) dan 16 saat (naik). Mekanisme lipatan bumbung menggunakan kuasa hidraulik.
  • Bumbung lembut menggunakan empat lapisan material (tiga lapis fabrik + material NVH) dan proses buka-tutup dalam boleh dibuat dalam kelajuan maksimum hingga 50kmj.
  • LC 500 Convertible melibatkan tambahan berat 90kg berbanding versi coupe, manakala ruang but 149 liter.

KABIN ORIENTASI PENGGUNA

  • Kabin 2+2 menggabungkan ciri elegan, keselesaan maksimum dan moden untuk mewujudkan kokpit fokus pemandu dengan posisi suis kawalan intuitif.
  • Posisi kerusi membolehkan pemandu memandang arah jalan lebih jelas kerana kedudukan bonet dan panel instrumen rendah.
  • Kerusi sport menggunakan material balutan kulit semi-anilina, manakala kerusi pemandu jenis boleh laras elektrik 8-tetapan dengan fungsi memori. 
  • Stereng kulit 3-jejari dengan tombol gear rekaan Takumi.
  • Tersedia unit infotainment dengan skrin resolusi tinggi 10.3 inci berserta paparan terpisah untuk akses pantas audio atau kawalan penyaman udara. Juga disediakan sistem navigasi dengan arahan suara dan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • LC 500 Convertible turut dilengkapi dengan paparan lapan-inci Digital Combination Meter serta paparan head up bersama Sistem Bunyi Mark Levinson dan 13 pembesar suara.
  • Jurutera Lexus turut menghasilkan rekaan kabin untuk mengurangkan bunyi angin melalui bentuk unik pada beltline serta rekaan belakang yang menghalang angin daripada masuk. Sebuah penampan angin lutsinar juga diletakkan di belakang tempat duduk untuk membantu menjadikan kabin lebih senyap sehingga kelajuan mencecah 60kmj.

CIRI KESELAMATAN

Faktor keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Lexus. Untuk itu, model LC 500 Convertible turut dilengkapi dengan Lexus Safety System+ (LSS+):

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW) dengan Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Lampu Sukuh Tinggi Automatik (HBA)
  • 6-beg udara
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)

HARGA

Lexus LC 500 Convertible dijual pada harga RM1,350,000 (tidak termasuk insurans) dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan dan servis percuma. Serahan pembelian terawal LC 500 Convertible bermula awal Februari 2021.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Tentang Lexus ES MB Peja yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Cara Tukar Tayar Mengikut Peralatan Dalam But

autoterkini Kereta Sport Lexus Lexus LC 500 Lexus LC 500 (2021) Lexus LC 500 Convertible Lexus LC 500 Convertible (2021) Lexus Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #F12026: Antonelli Kembali Menang, Tewaskan Leclerc Di GP Belgium

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.