Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Lexmoto Pegasus 300 Pencabar Yamaha XMAX 300, Honda Forza 350, Harga RM22.5k!
Roda2

Lexmoto Pegasus 300 Pencabar Yamaha XMAX 300, Honda Forza 350, Harga RM22.5k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEXMOTO sudah mengukuhkan kedudukan sebagai antara pengeluar kenderaan dua roda berkapasiti kecil di beberapa pasaran menerusi produk skuter dan motosikal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Firma jenama Britain itu menunjukkan minat terhadap pasaran Perancis selepas memperkenalkan hampir 10 model berbeza dan terbaharu, mereka melancarkan skuter maxi iaitu Pegasus 300. Berikut ialah perinciannya:

BACA >>> Skuter China, Lexmoto Echo Jadi Motosikal Paling Laris di UK

  • Pegasus 300 dicipta dengan rekabentuk sporty dan dilihat sebagai pencabar baharu kepada dua model popular Jepun iaitu Yamaha XMAX 300 dan Honda Forza 350.
  • Ada dua pilihan warna iaitu putih dan kelabu, harga 4,600 Euro (RM22,575).

BACA >>> Lexmoto LXR 380 – Sportbike China Harga Bajet Sedia Cabar Motor Jepun di Eropah
BACA >>> Victoria Sixties 150 – Skuter Retro Jerman Masuk China, Harga Mula RM9k!

  • Skuter maxi itu disasarkan kepada pengguna bandar dan sarat dengan pelbagai komponen moden seperti sistem lampu LED, meter digital dan soket pengecas USB.
  • Ada ruang simpanan bawah pelana untuk menempatkan dua unit topi keledar serta beberapa barang peribadi bersaiz kecil.

BACA >>> Belanda Perkenal Sistem Rekod Odometer Motosikal untuk Elak Pembeli Ditipu

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 276cc dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi sistem suntikan bahan api, menghasilkan 26.1hp @ 8,000rpm. Tiada maklumat tork dikongsi. 
  • Skuter itu menggunakan sistem transmisi ialah automatik dengan tali sawat dan mampu mencapai kelajuan maksimum 125kmj. Trenkuasa itu patuh piawaian Euro5.

BACA >>> Regulasi Euro5 Punca Suzuki Burgman Henti Jualan di Eropah Hujung Tahun Ini

  • Sistem suspensi membabitkan fork teleskopik dan sistem penyerap hentak berkembar.
  • Sistem henti ialah brek cakera berkembar dengan kaliper dwi-piston (roda depan) dan brek cakera tunggal di belakang. Sistem brek disambung dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Skuter seberat 177kg itu menggunakan rim 15 inci dengan tayar 120/70 untuk roda depan dan 14 inci tayar 140/70 pada bahagian belakang.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?
BACA >>> Yamaha XMAX 300 Roma Edition MMXX – Skuter Spesial Sempena Tribut Ibu Kota Rom
BACA >>> Syarikat Perancis Cipta Seluar Beg Udara untuk Penunggang Motosikal, RM2.4k

SUMBER: LerepairedesMotards

Lexmoto Lexmoto Pegasus 300 roda2 Skuter 300cc Skuter China
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.