• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Victoria Sixties 150 - Skuter Retro Jerman Masuk China, Harga Mula RM9k!

Victoria Sixties 150 - Skuter Retro Jerman Masuk China, Harga Mula RM9k!

July 22, 2021 By Shawkath 1 Comment

538
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SKUTER gaya retro dari Jerman, Victoria Sixties 150 akhirnya debut di pasaran China selepas bocor maklumat pendaftaran bersama Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat republik itu.

Buat masa ini, ada dua harga diperkenalkan, iaitu 13,980 yuan (RM9,132) dan 14,980 yuan (RM9,785), mengikut skema warna skuter berkenaan, putih atau kelabu. Berikut perinciannya:

  • Victoria Sixties 150 mirip rekabentuk model 250 yang mewarisi gaya retro Eropah yang semakin diminati pengguna China.
  • Ada dua varian, iaitu unit brek cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan bukan ABS. Sebagai permulaan, model versi China ialah versi ABS.
  • Trenkuasa jenis silinder tunggal 149.6cc SOHC 4-injap, penyejukan udara berkuasa 10.7hp @ 7,500rpm dan tork 10.7Nm @ 7,000rpm, manakala transmisi jenis automatik CVT.
  • Kelajuan maksimum 95kmj. Berat 134kg. Kapasiti tangki minyak 10 liter.
  • Tinggi pelana 780mm. Saiz rim 12 inci yang dibalut tayar bersaiz 120/70 untuk kedua-dua roda.
  • Victoria ialah jenama motosi kalasal Nuremberg, iaitu bandar kedua terbesar selepas Munich dalam negeri Bavaria, Jerman. Pengeluar itu mula menawarkan motosikal pertama pada 1901, yang juga antara pengeluar automotif terawal negara itu.
  • Pengeluar motosikal China, Ningbo Longjia Motorcycle Co Ltd menandatangani perjanjian dengan Victoria Jerman untuk jualan produk dan operasi jenama di China pada 2018.
  • Setahun kemudian, skuter Vistoria Sixties 300i mula dilancarkan di China. Khabarnya, skuter segme 150cc itu adalah produk CKD di China (lihat foto bawah, dalam bulatan biru).

BACA >>> Skuter China, Lexmoto Echo Jadi Motosikal Paling Laris di UK
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?
BACA >>> Felo FW-06 (2021) - Skuter Elektrik China Gaya Sport Hasil Kerjasama Kymco

SUMBER: NewMotor

Artikel Berkaitan

538
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ltd., Ningbo Longjia Motorcycle Co., Nuremberg, roda2, skuter, Victoria Motorad, Victoria Sixties 150

Comments

  1. MR Basug says

    July 23, 2021 at 1:45 PM

    4silinder 4injap silinder tunggal. Fuh teknologi baru kaini

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my