Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Lelaki Ini Bikin Arca Guna Penutup Rim, Boleh Jual Sampai RM40k!
Autotainment

Lelaki Ini Bikin Arca Guna Penutup Rim, Boleh Jual Sampai RM40k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENUTUP rim adalah antara sisa kenderaan yang kerap kita lihat berserakan di jalanan. Ada berpendapat ia sepatutnya sudah tidak lagi jadi sebahagian komponen kereta dan patut digantikan dengan rim sport sebagai ciri standard.

Namun, bagi sesetengah sisa tersebut boleh menjana pendapatan lumayan. Inilah apa dilakukan pengukir dari Brighton, Britain, Ptolemy Elrington B, 54, yang sudah mengumpul lebih 5,000 penutup rim untuk digubah menjadi ukiran arca haiwan.

Antara haiwan ciptaannya ialah jaguar, kucing, ikan yu, serigala, labah-labah hingga pepatung. Percaya atau tidak, arca penutup rim kereta itu boleh dijual antara £500 (RM2,710) hingga £7,500 (RM40,690) setiap satu. 😱

BACA >>> 10 Rekabentuk Rim Sport Aftermarket Paling Ikonik

Elrington mula membuat ukiran pertama menggunakan bahan penutup rim kereta pada 2002 sebagai hobi sebelum menjalankan projek kitar semula itu sebagai kerjaya sepenuh masa.

Ini sebenarnya pilihan bahan yang pelik. Saya pernah menetap di Bradford dekat satu selekoh tajam dan permukaan tidak rata. Di sini saya mengutip penutup rim kereta yang tertanggal dan ada yang berkilat serta cantik.

“Semasa mengumpul penutup ini, saya mula terfikir untuk buat sesuatu. Idea asal untuk menghasilkan sut pertahanan tetapi ketika memotongnya, saya ternampak bentuk ikan. Inilah permulaannya,” katanya.

Sebagai permulaan, Elrington akan membersihkan semua penutup rim kereta sebelum dipotong mengikut bentuk ukiran yang mahu dicipta. Selepas itu, dia akan menebuk lubang dan menggunakan wayar sebagai medium pengikat. Proses akhir adalah menyembur cat.

Setiap satu arca mengambil masa beberapa hari hingga tiga bulan untuk disiapkan mengikut saiz dan tahap kesukaran. Jika berminat membeli arca penutup rim, bolehlah lawat lama HubCapCreatures.

BACA >>> Nissan Tukarkan Model SUV dan Sport Jadi Kereta Salji (Khas Buat 'Hobi Kami Mahal')

GALERI

SUMBER: DailyMail

Arca Arca Haiwan Auto Terkini Hobi Penutup Rim Tukar Penutup Rim Jadi Arca
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Trak dan Lori

    JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000

    14/05/2026
    Presiden CAKE, Mohd Yusrizal Yusof
    Auto Terkini

    Subsidi Bersasar RON95 Perlu Lebih Jelas, Elak Rakyat Keliru Status T15, T20

    14/05/2026
    Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.