Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Legacy Racing Pilih Leona, Tengku Djan ke GT World Challenge Asia 2020
Auto Terkini

Legacy Racing Pilih Leona, Tengku Djan ke GT World Challenge Asia 2020

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DEBUT pasukan Legacy Racing dalam Perlumbaan GT World Challenge Asia 2020 akan mempertaruhkan jentera Mercedes-AMG GT3 yang akan dipandu dua nama besar sukan permotoran negara, Tengku Djan Ley dan Leona Chin.

Kedua-dua pelumba itu akan berentap dalam Kelas Am (amatur).

BACA >>> Leona Chin Dilantik Duta Mitsubishi Motors Malaysia

Pasukan Malaysia dikendalikan sepenuhnya Tedco Racing yang pernah bertanding dalam beberapa siri perlumbaan Kejuaraan Kebangsaan (National Championship) sebelum ini. Ini juga kali pertama pasukan itu menggandingkan dua pelumba tersebut yang sememangnya tidak asing lagi dalam sukan permotoran tempatan.

Leona ialah pelumba berpengalaman yang pernah menyertai Siri Cabaran Mini Asia (Mini Challenge Asia Series), Siri Piala Clio China (Renault Clio Cup China) dan terbaharu menamatkan perlumbaaan di tempat kedua dalam Siri Kejuaraan Malaysia(Malaysian Championship Series) bersama Tedco Racing.

Beliau juga perna dinobatkan sebagai Atlet Harapan Wanita Permotoran dalam Anugerah Sukan Permotoran Petronas Litar Antarabangsa Sepang (SIC) – Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) 2018.

“Berlumba dalam mana-mana Kejuaraan GT ialah impian saya sejak dulu. Dapat peluang berlumba dalam siri GT paling berprestij di Asia macam ini ialah suatu pengalaman amat menakjubkan.”

“Tahun ini agak sukar buat saya kerana kali pertama diberi peluang berlumba dengan jentera berkuasa seperti Mercedes-AMG GT. Namun, saya juga teruja untuk beraksi dalam litar baharu yang belum pernah saya jejak sebelum ini. Bersaing dalam Perlumbaan GT World Asia pasti beri pengalaman cukup hebat dengan tahap perlumbaan tinggi.” kata Leona.

Sementera itu, Tengku Djan ialah pelumba drift profesional Malaysia yang sudah 24 tahun terlibat dalam arena permotoran. Beliau pernah mengambil bahagian dalam siri perlumbaan D1 Grand Prix dan Siri Super GT Jepun (Japan Super GT Series) selain pernah menjuarai perlumbaan Merdeka Millennium Endurance (sekarang Sepang 12 Hours) sebanyak dua kali di Sepang.

Beliau, yang terkenal dengan julukan ‘Prince of Drift’ , pernah dinobatkan sebagai juara Formula Drift Asia dua tahun berturut-turut (2009-2010) dan menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dalam FIA Intercontinental Drifting Cup, musim lalu.

“Saya tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan Malaysia yang baru (Legacy Racing).

“Sebagai pendatang baru dalam peerlumbaan GT World Challenge Asia, saya dan Leona harap dapat berikan saingan sengit dalam Kelas Am, tetapi bukan mudah. Perlumbaan ini mempunyai tahap persaingan tertinggi di rantau ini,” katanya.

Pengurus pasukan, Kelvin Liang berkata, sebagai muka baharu dalam perlumbaan itu, pelumba perlu lebih fokus untuk mengenali dan mengetahui kemampuan pasukan dan pelumba lain.

Legacy Racing bakal memulakan perlumbaan pusingan pertama dan kedua GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 28-29 Mac ini, sebelum ke Thailand, Jepun dan China untuk menamatkan baki 11 pusingan.

BACA >>> Tengku Djan Tambah Kehangatan Toyota Vios Challenge!

GALERI
Auto Terkini GT World Challenge Asia 2020 Kelvin Liang Legacy Racing Leona Chin Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Mercedes-AMG GT3 Tedco Racing Tengku Djan Ley
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.