Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 49 Jenama Automotif Sertai Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-45
Auto Terkini

Lebih 49 Jenama Automotif Sertai Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-45

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEBIH 49 jenama automotif utama dunia dari Eropah hingga Vietnam sudah mengesahkan penyertaan dalam Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-45 di Pusat Pameran dan Konvensyen IMPACT Muang Thong Thani di Nonthaburi, Thailand.

Jumlah penyertaan itu menggambarkan petunjuk positif mengenai kebangkitan semula pasaran Thailand selepas terkesan akibat krisis pandemik Covid-19. Laporan menyatakan ada 20 model baharu bakal dilancarkan sempena BIMS tahun ini.

Prachin Eamlumnow
Jaturont Komolmis

Pameran tahunan itu dianjurkan firma Grand Prix Company International Public Company Limited (Grand Prix International). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grand Prix International, yang juga Pengerusi BIMS ke-45, Prachin Eamlumnow berkata;

Kita sudah pertingkat keluasan ruang pameran kepada IMPACT Forum Hall-4, meliputi keluasan dalaman ruang pameran  hingga  76,000 meter persegi berbanding 60,000 meter persegi sebelum ini, dengan pelaburan lebih 300 juta baht (RM39.3 juta) untuk acara ini.”

Naib Pengerusi BIMS ke-45, yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) Grand Prix International, Jaturont Komolmis pula berkata, antara model dipamerkan ialah kereta hiper konsep seperti Mercedes-Benz Vision ONE-ELEVEN dan Nissan Hyper Tourer Concept selain pelancaran kira-kira 20 model baharu lain.

PERINCIAN BIMS 2024

  • Lokasi: Challenger Buildings 1-3 dan IMPACT Forum Hall 4 di IMPACT Muang Thong Thani.
  • Tema: ‘The Mobility of Joyful Experiences’
  • Maklumat lanjut boleh layari laman web www.motorshow.in.th

VIP, MEDIA

  • 25 Mac 2024 (Isnin): Khas tetamu VIP dan jemputan istimewa (12 tengah hari-8 malam)
  • 25-26 Mac 2024 (Isnin-Selasa): Khas pengamal media

ORANG AWAM

  • Pintu pameran dibuka kepada orang awam selama 12 hari, bermula 27 Mac hingga 7 April 2024.
  • Waktu operasi ialah hari bekerja bermula jam 12 tengah hari – 10 malam. Bagaimanapun, pelawat boleh masuk lebih awal pada Sabtu dan Ahad, jam 11 pagi -10 malam.
Covid-19 Grand Prix Company International Public Company Limited (Grand Prix International) IMPACT Muang Thong Thani Jaturont Komolmis Mercedes-Benz Vision ONE-ELEVEN Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-45
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.