Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Laporan: Unit Gantian Beg Udara Takata Mungkin Tidak Selamat Juga
Auto Terkini

Laporan: Unit Gantian Beg Udara Takata Mungkin Tidak Selamat Juga

Han OthmanBy Han Othman20/07/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA tahu tentang insiden panggil balik inflator beg udara Takata hingga menyebabkan pengeluar alat ganti keselamatan yang berpangkalan di Jepun itu jatuh muflis. Namun, segalanya belum berakhir di situ berikutan satu laporan agensi berita Reuters yang mendakwa unit gantian yang digunakan kemungkinan besar juga tidak selamat.

Memetik kenyataan konsultan dan pakar letupan, Reuters menyatakan penyelesaian Takata dengan menambah agen pengering untuk mengelak sebarang ledakan tiba-tiba, mungkin tidak berfungsi dalam jangka masa lama.

BACA >>> Penyelesaian Tidak Terkata, Akhirnya Takata Isytihar Muflis

2.7 JUTA PANGGIL BALIK

Laporan itu muncul seminggu selepas Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) mengumumkan keputusan ujian yang menemui kerosakan pada 2.7 juta inflator beg udara baharu. Ini jelas menunjukkan agen pengering tidak berupaya menghalang kelembapan yang boleh mencetuskan cas ammonia nitra dalam inflator secara tiba-tiba.

Takata mempunyai masa hingga penghujung 2019 untuk membuktikan penukaran inflator beg udara itu disahkan selamat, tetapi jika didapati sebaliknya, satu lagi gelombang panggil balik akan dibuat semula membabitkan kira-kira 100 juta inflator!

Penukaran beg udara buat masa kini adalah menggunakan bahan kimia jenis kalsium sulfat atau zeolit sebagai agen pengering. Jurucakap Takata, Toyohiro Hishikawa memberitahu, pihaknya masih perlu membuktikan keselamatan inflator ‘kering’ itu. Setakat ini, menurutnya, agen zeolit adalah lebih selamat berbanding kalsium sulfat.

BACA >>> 7 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Tentang Isu Beg Udara Takata

Komponen asli dalam inflator beg udara asal Takata menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 17 mangsa, tetapi setakat ini belum ada sebarang kecederaan atau kematian yang dikaitkan dengan unit gantian baharu. Bagaimanapun, Reuters mendakwa masalah dengan inflator asal akan mengambil masa sekitar lima tahun untuk menunjukkan kesan buruk.

Apakah kesudahan dan berapa lamakah lagi kisah drama Takata ini akan berakhir?


SUMBER: Car Scoops

Auto Terkini beg udara Beg udara takata Panggil Balik Takata
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.