Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lapor Polis Jika Anggota Salah Guna Kereta Peronda
Auto Terkini

Lapor Polis Jika Anggota Salah Guna Kereta Peronda

Azizi HBy Azizi H22/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MANA-mana anggota polis boleh dikenakan tindakan tatatertib jika menyalahgunakan aset Kerajaan seperti kenderaan peronda polis (MPV) untuk kegunaan peribadi, tegas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan MPV Honda Civic 1.8S di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda, dekat Sungai Petani, Kedah, semalam.

Zainal turut meminta sesiapa saja membuat laporan sekiranya berlaku penyalahgunaan kenderaan MPV membabitkan anggota polis.

Zainal berkata lagi;

Setakat ini, saya sahkan tiada lagi kes membabitkan salah guna kenderaan MPV. Sekiranya ada, tolong maklumkan kepada saya, saya akan ambil tindakan,” katanya

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) menerima 425 kenderaan MPV Honda Civic 1.8S seluruh negara secara berperingkat bagi tujuan menggantikan kereta jenis Proton Waja yang sudah melebihi tempoh 8 hingga 12 tahun penggunaan.

“Kenderaan MPV terbaharu dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk peralatan komunikasi RMPNet, kamera pemuka (dashcam), perakam video digital (DVR) mudah alih, kit MPV, alat pemadam api dan lain-lain kemudahan bagi memudahkan tugas anggota mengendalikan sesuatu kes.

“Dengan ada kenderaan itu, pasukan diharapkan dapat meningkatkan kecekapan dalam tugasan sekali gus menambah keyakinan orang awam terhadap PDRM.”

PDRM kini dalam proses menaik taraf aset jabatan itu seperti unit MPV yang sudah uzur. Antara model yang menarik perhatian ramai ialah kelibat MPV baharu jenis Honda Civic 1.8S yang dilengkapkan peranti komunikasi dan kamera digital teknologi terkini.

Terbaharu, 27 unit MPV diserahkan kepada Kontinjen Kedah, dan 7 unit lagi diserahkan kepada Kontinjen Perlis.

SUMBER : SinarHarian

Auto Terkini Datuk Zainal Abidin Kasim Honda Civic 1.8S Kereta Peronda Polis (MPV) PDRM polis Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.