• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lapor Polis Jika Anggota Salah Guna Kereta Peronda

Lapor Polis Jika Anggota Salah Guna Kereta Peronda

September 22, 2020 By Azizi H Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MANA-mana anggota polis boleh dikenakan tindakan tatatertib jika menyalahgunakan aset Kerajaan seperti kenderaan peronda polis (MPV) untuk kegunaan peribadi, tegas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan MPV Honda Civic 1.8S di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda, dekat Sungai Petani, Kedah, semalam.

Zainal turut meminta sesiapa saja membuat laporan sekiranya berlaku penyalahgunaan kenderaan MPV membabitkan anggota polis.

Zainal berkata lagi;

Setakat ini, saya sahkan tiada lagi kes membabitkan salah guna kenderaan MPV. Sekiranya ada, tolong maklumkan kepada saya, saya akan ambil tindakan,” katanya

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) menerima 425 kenderaan MPV Honda Civic 1.8S seluruh negara secara berperingkat bagi tujuan menggantikan kereta jenis Proton Waja yang sudah melebihi tempoh 8 hingga 12 tahun penggunaan.

"Kenderaan MPV terbaharu dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk peralatan komunikasi RMPNet, kamera pemuka (dashcam), perakam video digital (DVR) mudah alih, kit MPV, alat pemadam api dan lain-lain kemudahan bagi memudahkan tugas anggota mengendalikan sesuatu kes.

"Dengan ada kenderaan itu, pasukan diharapkan dapat meningkatkan kecekapan dalam tugasan sekali gus menambah keyakinan orang awam terhadap PDRM."

PDRM kini dalam proses menaik taraf aset jabatan itu seperti unit MPV yang sudah uzur. Antara model yang menarik perhatian ramai ialah kelibat MPV baharu jenis Honda Civic 1.8S yang dilengkapkan peranti komunikasi dan kamera digital teknologi terkini.

Terbaharu, 27 unit MPV diserahkan kepada Kontinjen Kedah, dan 7 unit lagi diserahkan kepada Kontinjen Perlis.

SUMBER : SinarHarian

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Zainal Abidin Kasim, Honda Civic 1.8S, Kereta Peronda Polis (MPV), PDRM, polis, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my