Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lapangan Terbang Sandakan Siap Dinaik Taraf, Bakal Rancak Sektor Pelancongan
Auto Terkini

Lapangan Terbang Sandakan Siap Dinaik Taraf, Bakal Rancak Sektor Pelancongan

Han OthmanBy Han Othman13/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAPANGAN Terbang Sandakan
yang siap dinaik taraf akhir tahun lalu bakal menjadi pemangkin dalam menggerakkan pembangunan daerah itu, terutama sektor ekopelancongan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, projek bernilai RM80.9 juta itu diluluskan pada 2017 dan pembinaan bermula 2019, melibatkan pemanjangan landasan sedia ada daripada 2.133km kepada 2.5km.

BACA >>> Regas Premium Sabah Buka Pusat 4S BMW di Kota Kinabalu
BACA >>> Pesawat Angkasa China Tidak Perlu Bantuan Roket, Boleh Berlepas Dari Lapangan Terbang

Dengan ada pemanjangan landasan ini, Lapangan Terbang Sandakan mampu mengendali pesawat kod C, iaitu tanpa had muatan dan penerbangan hingga enam jam. Ini secara langsung menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan komersial terbang terus ke Sandakan.

“Ia juga meningkatkan kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara, seterusnya menambah daya saing ekonomi, komersial serta pelancongan,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Menteri Kerja Raya Negeri. Wee berkata usaha kini ditumpukan kepada menarik pelancong ke Sandakan dan menugaskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia memastikan mana-mana penerbangan ke Sabah tidak terlepas pandang Lapangan Terbang Sandakan.

Beliau berkata projek itu turut melibatkan pelebaran kawasan parkir pesawat, kerja menaik taraf peralatan navigasi penerbangan dan penggantian serta penambahbaikan sistem pengurusan trafik udara di Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu.

Pemasangan radar dan peralatan Automatic Dependent Surveillance-Broadcast di Sandakan ditambah baik dan ruang udara yang sebelum ini terlindung daripada liputan radar disebabkan pergunungan Kinabalu dapat diatasi sepenuhnya.

“Malah data radar ini juga dikongsikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertanggungjawab memastikan ruang udara di Sabah dan Sarawak adalah selamat daripada pencerobohan anasir luar,” katanya.

BACA >>> Firma AS Bina Pesawat Hipersonik Sepantas 6,790kmj! New York – London Kurang Sejam
BACA >>> Speeder – Motosikal Terbang Lulus Ujian Pertama, Harga Mula RM1.6j

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Lapangan Terbang Sandakan Pelancongan Sabah Sabah Wee Ka Siong
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.