Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lando: “Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!”
Auto Terkini

Lando: “Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!”

Han OthmanBy Han Othman24/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKTIVIS sosial, Lando Zawawi dalam video terbaharunya menempelak keputusan Kerajaan yang tidak membenarkan pengusaha cuci kereta beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.

Seorang pengusaha cuci kereta di premis Setia Alam, Shah Alam, Azhar yang ditemu bual Lando dalam video itu berkata, pada PKP pertama dulu, pusat cuci kereta juga tidak dibenarkan beroperasi selama dua bulan, tetapi peraturan itu dilonggarkan kepada operasi jam 10 pagi, kemudian 12 tengah hari dan akhir sekali jam 2 petang sebelum kembali dibenarkan dibuka jam 8 pagi.

Peraturan tidak konsisten itu dikatakan menyusahkan pengusaha cuci kereta kerana jumlah tenaga kerja perlu diseimbangkan dengan jam bekerja mengikut operasi perniagaan. Jadi berlaku situasi pengusaha kerap mengambil dan memberhentikan pekerja mereka.

Menurut Lando pula, perniagaan cuci kereta menjalankan operasi pembersihan dan pembasmian kuman, terutama kalangan mereka yang terlibat dalam sektor pengangkutan awam seperti teksi dan e-hailing, termasuk pekerja penghantaran makanan seperti penunggang FoodPanda.

BACA >>> PKP 2.0: Bantuan Tunai RM500 Kepada Pemandu e-Hailing, Teksi, Kereta Sewa dan Bas

Lando melepaskan geram dengan berkata;

Apabila ada usaha untuk  pembersihan, (tapi) kalau kau tutup, habis kalau orang naik teksi, dia tak basuh kereta dia macam mana? Aku PANGGG kau kang! Bodoh tak pakai otak! Bodoh ke apa?! Sekejap boleh.. sekejap tak boleh…. Pekerja-pekerja siapa nak bayar? Semua car wash ada masalah, mengadu kat gua.

“Gua nak pihak-pihak bertanggungjawab tolong fikirkan balik sebab ini salah satu perusahaan disinfeksi. Ini termasuklah teksi, GrabCar dan kenderaan awam yang berkongsi naik. Sepatutnya waktu pandemik ini, inilah perusahaan yang perlu diberikan tumpuan.”

Azhar turut mempertikaikan kompaun RM1,000 yang dikenakan sedangkan dia memiliki surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pendapatnya, kalau sudah ada surat MITI, tetapi masih tidak dibenarkan operasi, sepatutnya berikanlah amaran dulu, bukan terus dikompaun.

“Saya pun tak tahu jabatan mana saya boleh dengar. Polis ke, MITI ke atau Pejabat Kesihatan (KKM). Yang mana satu nak saya dengar?” kata Azhar.

Lando kemudian menegaskan lagi tentang keperluan perusahaan cuci kereta diberikan perhatian kerana terbabit dalam kerja pembersihan dan nyahkuman.

Kalau korang nak tau, motor-motor FoodPanda, jubur lama-lama kat seat tu lama-lama bau kepam. Korang orang-orang kaya (pihak berkuasa/menteri) tak faham! BODOHHH! Kalau FoodPanda atas EX-5 dia. Hari-hari, hujan panas hujan panas, ada bau, berkuman.

“Kadang-kadang pegawai yang bagi saman pun tak faham SOP sampai tak pakai glove pun kena saman. Apa cerita ni? Aku PANGGG kau kang!”

BACA >>> PKP 2.0: Kenderaan Komersial Tidak Perlu Surat Kebenaran MOT, Cukup Pengesahan Majikan
BACA >>> Kronologi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia Dulu dan Sekarang

Aktivis Auto Terkini Car Wash Tutup PKP 2.0 Lando Brotherhood Lando Zawawi Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) PKP PKP 2.0 pusat cuci kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

10/06/2026
Auto Terkini

Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

10/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

09/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.