Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Land Rover Defender 110 (2022) Dilancar, Harga Mula RM798k!
Roda4

Land Rover Defender 110 (2022) Dilancar, Harga Mula RM798k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JAGUAR Land Rover Malaysia (JLRM) melancarkan Defender 110 edisi 2022 yang dikategorikan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz sederhana dengan sistem pacuan 4 roda terbaik dalam segmennya.

Ada lima warna pilihan dan dua trenkuasa jenis petrol. Buat masa ini, trenkuasa jenis diesel tidak dapat diimport masuk ke pasaran Malaysia disebabkan kualiti bahan api tempatan dikhabarkan ‘tidak sesuai’ untuk enjin tersebut.

BACA >>> Land Rover Uji Prototaip Defender dengan Enjin Hidrogen-Elektrik

Berikut ialah perincian Land Rover Defender 110:

Warna 

  • Lima pilihan warna badan iaitu Fuji White (putih), Santorini Black (hitam metalik), Pangea Green (hijau metalik), Silicon Silver (perak metalik) dan Gondwana Stone (tembaga metalik).
  • Tiga warna pilihan kabin iaitu Ebony/Ebony (serba hitam), Khaki/Ebony (hitam hijau) atau Acorn/Lumar (coklat terang hitam)

Harga Defender 110

  • 2.0L Ingenium: RM798,800
  • 3.0L MHEV (Kenderaan Hibrid Elektrik Ringa): RM998,800

Harga itu adalah termasuk pengecualian cukai import 50 peratus melalui skim Penjana dan tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 150,000km (mana-mana tiba dulu), servis lima tahun atau jarak 65,000km dan bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

Trenkuasa

Dua pilihan trenkuasa dibawa masuk Malaysia iaitu 2.0 dan 3.0 liter Ingenium:

  • 4-silinder 2.0L Ingenium P300 1,997cc menawarkan kuasa 295.6hp @ 5,500rpm dan tork 400Nm pada 1,500 hingga 4,500rpm. Pecutan 0-100kmj mengambil masa 8.1 saat.
  • 6-silinder 3.0L MHEV (Kenderaan Hibrid Elektrik Ringan) 2,996cc dengan sistem turbo dan supercharger 48v, menawarkan kuasa 394.5hp pada 5,500rpm dan tork 550Nm dari 2,000 hingga 5,000rpm. Pecutan ke 100kmj memerlukan masa 6.1 saat.

Kedua-dua varian menggunakan transmisi automatik 8-kelajuan dengan sistem pacuan empat roda. Kelajuan maksimum P300 dan P400 adalah sama iaitu 191kmj.

BACA >>> #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?

  • Model kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz sederhana yang menggunakan casis baharu dan desain badan baharu DX7, berasaskan struktur monokok aluminium ringan. 
  • Mampu menunda dan membawa bebanan berat dengan rak bumbung dan sistem bar tunda dengan kapasiti tundaan seberat 3,500kg. Boleh bawa  bebanan maksimum bumbung statik sehingga 300kg.
  • Hadir dengan Sistem Respon Muka Bumi (Terrain Response) dengan enam pilihan mode pemanduan untuk jalan raya berturap dan off-road iaitu Normal Driving, Mud and Ruts (lumpur), Wade (laluan ditenggelami air), Grass/Gravel/Snow (rumput, batu kerikil dan salji), Rock Crawl (laluan berbatu) dan Sand (jalan pasir).

BACA >>> Baby Defender Bakal Muncul? Enjin Petrol 3-Silinder, 2WD, Harga Lebih Mampu Milik

  • Ada Mode Eco untuk akan mengaktifkan semua tetapan paling efisien untuk sistem transmisi, ciri pemanas dalam kabin dan penyaman udara untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi karbon.
  • Menawarkan jarak kelegaan Bumi sehingga 291mm. Sistem suspensi udara elektronik pula membantu menambah ketinggian jarak bumi untuk Defender 110 menempuh laluan mencabar serta mampu meredah laluan berair sedalam 900mm (guna mode Wade).
  • Fungsi Elegant Arrival pula merendahkan ketinggian Defender 110 sebanyak 40mm secara automatik untuk membantu pemandu serta penumpang keluar masuk kenderaan.
  • Defender 110 menggunakan set lampu utama Matrix LED automatik dengan lampu siang (DRL). Ada lampu kabus depan dan belakang. Lampu belakang juga LED. Lampu brek ketiga pula dipasang lebih tinggi.
  • Warna bumbung SUV itu adalah sama dengan warna badan dan ada cladding kelabu bawah bampar depan, sisi hingga ke bampar belakang.
  • Pemijak kaki sisi pula akan dibuka secara automatik jika anda membuka pintu dan dilipat ke dalam sebaik pintu ditutup. Rim digunakan bersaiz 20 inci dengan tayar off-road. Ada tayar ganti saiz sama dipasang pada pintu bonet belakang.
  • Defender hadir dengan bumbung panoramik jenis gelongsor dan pengelap cermin automatik dengan sensor hujan. Ada tingkap tambahan kecil antara barisan kerusi kedua dan ketiga iaitu di atas tingkap pintu sisi.
  • Ada dua konfigusi tempat duduk iaitu lima tempat duduk dan 5+2. Ruang dalaman nampak mewah dan ringkas dengan papan pemuka diintegrasi dengan bar pemegang untuk penumpang barisan depan.
  • Dilengkapi Sistem PIVI Pro beserta skrin sesentuh 10 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Anda boleh sambungkan dua telefon pada satu-satu masa.
  • Menggunakan sistem kamera keliling 3D yang memberi paparan 360º dari atas untuk memudahkan pengendalian di laluan mencabar dan ada paparan ClearSight Ground View yang memaparkan keadaan sekeliling tanpa imej Defender 110 (seperti kereta halimunan).
  • Kamera belakang dipasang pada bahagian atas bumbung (pada antena sirip yu) untuk membolehkan pemandu melihat keadaan belakang Defender jika membawa muatan menghalang pandangan cermin pandang belakang. Paparan kamera dipantul melalui cermin pandang belakang.
  • Semua stok kiriman pertama habis dijual. Pembeli perlu menunggu kiriman kedua jika berminat, dijangka tiba tahun depan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Berbunyi Selepas Silangkan Tayar?
BACA >>> #TahukahAnda: 3 Sebab Kenapa Cermin Kereta Perlu Kerap Dibersihkan
BACA >>> Kajian: WHO Cadang Halaju 30kmj untuk Kawasan Bandar
BACA >>> #ApaNakBuat: Pedal Minyak Tersangkut Ketika Memandu, Tak Boleh Pandu Perlahan

Defender 110 edisi 2022 Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) Roda4 SUV Sederhana
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.