• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Land Rover Uji Prototaip Defender dengan Enjin Hidrogen-Elektrik

Land Rover Uji Prototaip Defender dengan Enjin Hidrogen-Elektrik

June 17, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


LAND Rover bakal menguji trenkuasa hidrogen-elektrik pada model Defender menjelang penghujung tahun ini untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai fungsi sistem tersebut.

Projek tersebut adalah salah satu usaha pengeluar itu dalam menghasilkan trenkuasa sifar-emisi di bawah program Project Zeus yang turut mendapat bantuan Kerajaa Britain.

Berdasarkan gambar rajah di atas, dapat dilihat trenkuasa itu tidak berfungsi seperti enjin hidrogen Toyota Corolla yang membakar hidrogen untuk mendapatkan kuasa.

Sebaliknya sistem digunakan Land Rover menjana kuasa daripada tenaga elektrik yang terhasil daripada tindak balas hidrogen dan oksigen dalam sel bahan api. Bateri juga disertakan untuk memberikan lebih kuasa apabila diperlukan.

BACA >>> Dengarlah Deruman Enjin Hidrogen Toyota, Mengaum Macam Enjin Petrol!
BACA >>> Toyota Bangunkan Enjin Hidrogen Guna Sistem Injektor Seperti Kereta Petrol

Toyota Corolla Sport yang dikuasakan enjin pembakaran dalaman hidrogen

Melalui ujian ini, Land Rover berharap dapat lebih memahami bagaimana teknologi itu bertindak balas dalam situasi sukar seperti menarik muatan dan memandu off-road. Pengeluar itu juga mahu mengkaji kemampuan jarak pemanduan dan masa diperlukan untuk mengecas. 

Kereta hidrogen adalah alternatif baik kepada kenderaan elektrik (EV) kerana menawarkan masa mengecas lebih pendek, jarak pemanduan lebih jauh dan kuasa yang tidak mudah terjejas terhadap persekitaran ekstrem. 

Bagaimanapun, halangan terbesar tenaga baharu itu adalah masalah kekurangan infrastruktur isian semula bahan api. Hidrogen juga tidak menerima subsidi sebesar diberikan Kerajaan kepada kenderaan elektrik.

BACA >>> Daimler, Volvo Jalin Kerjasama Hasilkan Trak Kuasa Hidrogen
BACA >>> Kajian: Bahan Api Hidrogen Bukanlah Bahan Api Baharu yang Baik

SUMBER: Autoblog.com

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Britain, EV, Hidrogen, Kenderaan Elektrik, Land Rover, Project Zeus, Range Rover

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my