• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Bahan Api Hidrogen Bukanlah Bahan Api Baharu yang Baik

Kajian: Bahan Api Hidrogen Bukanlah Bahan Api Baharu yang Baik

May 10, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGGUNAAN hidrogen sebagai sumber kuasa baharu untuk kenderaan mempunyai kekurangan yang nyata iaitu kos tinggi dan penggunaan tenaga tidak efisien. Bagaimanapun, kajian terkini menunjukkan beberapa lagi kekurangan iaitu kekurangan bahan pembuatan dan kebergantungan kembali kepada bahan api fosil. 

Kajian ini disiarkan Jurnal Perubahan Iklim Alam. Para penyelidik terlibat mendapati bahawa penggunaan elektrik sebagai sumber kuasa adalah jauh lebih efisien berbanding menggunakan bahan api hidrogen.

Toyota Corolla Sport yang dikuasakan enjin pembakaran dalaman hidrogen

Memang benar bahawa bahan api dihasilkan daripada hidrogen berpotensi untuk menjadi pengganti kepada bahan api konvensional kerana kurang karbon dihasilkan. Bagaimanapun, proses untuk menghasilkan dan membakar bahan api hidrogen memerlukan 14 kali lebih banyak elektrik berbanding bahan api lain. Ini kerana tenaga akan terbazir dalam proses membuat hidrogen, membuat bahan api dan membakarnya.

RAMALAN PENYELIDIK

Berdasarkan analisis dibuat, mereka menjangkakan bahan api hidrogen akan menjadi sangat mahal dan terhad dalam dekad mendatang. Situasi ini menyebabkan pengguna akan berpatah balik kepada bahan api fosil dan melepaskan lebih banyak karbon. Oleh itu, tenaga elektrik dilihat sebagai alternatif terbaik.

Walaupun begitu, beberapa sektor seperti perkapalan, kapal terbang dan sektor-sektor besar lain agak sukar untuk menggunakan tenaga elektrik kerana memerlukan tenaga yang sangat banyak. Dalam hal ini, penyelidik mengatakan bahan api hidrogen akan diperlukan bermula 2050 ketika dunia sudah mencapai tahap emisi sifar. Demi mencapai sasaran ini, pelaburan besar perlu dibuat dalam aspek teknologi untuk menjadikan proses penghasilan bahan api hidrogen lebih efisien.

BACA >>> Dengarlah Deruman Enjin Hidrogen Toyota, Mengaum Macam Enjin Petrol!
BACA >>> Daimler, Volvo Jalin Kerjasama Hasilkan Trak Kuasa Hidrogen

SUMBER: Jalopnik | The Guardian

Artikel Berkaitan

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: electric, elektrik, EV, Hidrogen, hydrogen energy, renewable energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my