Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lamborghini Sián Roadster – Supercar Bumbung Terbuka yang Canggih, Eksotik
Roda4

Lamborghini Sián Roadster – Supercar Bumbung Terbuka yang Canggih, Eksotik

Abang HirataBy Abang Hirata12/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHAS buat si kaya yang sukakan pemanduan gaya bumbung buterbuka, Automobili Lamborghini memperkenalkan model hibrid dengan enjin V12, Lamborghini Sián Roadster yang dikeluarkan 19 unit sahaja.

Ada tiga faktor tarikan model ini, iaitu trenkuasa hibrid, sensasi pemanduan tanpa bumbung dan deruman bunyi enjin V12 yang menerjah masuk ke dalam kereta. Keunikan lain, warna Oro Electrum nyata lain daripada lain yang sengaja dipilih Lamborghini sebagai simbol kepada elektrifikasi.

BACA >>> Set LEGO Paling Mahal, Lamborghini Sián FKP 37 Kini Boleh Dibeli, Harga RM1,660

Ruang kabin menggabungkan warna putih dengan perincian Blu Gauco dan elemen aluminium dalam Oro Electrum, ventilator penyaman udara yang dibuat menggunakan cetakan 3D yang boleh dikustomkan  mengikut cita rasa dan personaliti pelanggan.

Seperti model terdahulu, Sián Roadster membawa pengaruh Countach melalui garisan periscopio di atas dengan bentuk serong dari kokpit hingga belakang kereta.

Satu lagi ciri utama selain rekabentuk menyerlah ialah lampu utama bentuk Y dan lampu belakang dalam bentuk heksagon yang turut dipengaruhi model ikonik Countach. Bahagian depan kereta tampil begitu rendah dengan bampar yang disatukan spliter gentian karbon.

BACA >>> Lamborghini Sián – Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

CIRI SISTEM HIBRID LAMBORGHINI SIAN ROADSTER

  • Enjin V12 dengan e-motor 48 volt berkuasa 34hp.
  • Kuasa e-motor mampu menggerakkan Sián Roadster dalam pergerakan perlahan seperti mengundur dan parkir.
  • Menggunakan teknologi kapasitor super pertama dunia dengan simpanan tenaga 10 kali lebih berbanding bateri litium-ion.
  • Dipasang antara kokpit dan enjin untuk mendapatkan agihan berat sempurna.
  • Sistem elektrik, kapasitor super dan e-motor hanya seberat 34kg. Tiga kali lebih berkuasa berbanding bateri dengan berat sama. Tiga kali lebih ringan berbanding bateri dengan kuasa sama.
  • Sistem brek regeneratif canggih. Kapasitor super mampu mengecas dan nyah cas menggunakan tenaga sama dan mengecas penuh sistem simpanan tenaga Sián setiap kali membrek.
  • Tenaga yang disimpan membekalkan lonjakan serta merta. Pemandu boleh mendapatkan daya tork segera ketika memecut hingga 130kmj apabila e-motor diputuskan secara automatik.
  • Pecutan menjadi sepuluh peratus lebih pantas berbanding kereta tanpa sistem ini.

Nadi konvensional Sián Roadster ialah enjin V12 dengan injap kemasukan titanium. Berkuasa 785hp (577 kW) @ 8,500rpm dan bersama e-motor, melonjak kepada 819hp (602 kW). Kelajuan maksimum melebihi 350kmj, manakala pecutan 0-100kmj kurang 2.9 saat.

Dengan jumlah terhad 19 unit, Sián Roadster ini sudah pun habis terjual.

Sementara itu, kepada yang ingin tahu, ‘Sián’ bermaksud kilat (flash) atau petir (lightening) yang juga melambangkan elektrifikasi Sián Roadster sebagai sebahagian strategi hibrid masa depan Lamborghini. Pada masa sama Lamborghini mengekalkan faktor emosi dan prestasi dinamik luar biasa pada superciar aspirasi natural (NA) buatannya.

Warisan dan legasi adalah faktor penting buat pengeluar seperti Lamborghini.

BACA >>> Lamborghini Huracan EVO RWD Spyder Versi Konvertibel Lancar Secara AR

GALERI
Automobili Lamborghini Bumbung Terbuka hibrid Kereta Sport Konvertibel Lamborghini Lamborghini Sián Roadster Lamborghini Sián Roadster (2021) roadster Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    05/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.