Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
Auto Terkini

Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena

AryonBy Aryon06/09/201918 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU studio dari Indonesia menyiarkan lakaran generasi baharu Yamaha MX King (Malaysia: Y15ZR @ YSuku) dengan enjin 155 VVA dan gaya rekabentuk baharu.

Sejak pelancarkan Honda Winner X di Vietnam pada pertengahan Julai lalu, Yamaha sedikit sebanyak merasakan tekanan daripada model pesaing itu. Malah ramai peminat Y15ZR mengharapkan Yamaha dapat melakukan sesuatu yang lebih agresif untuk bersaing dengan lawannya itu, dan bukan sekadar memperkenalkan versi dipertingkat (facelift).

Kemudian kecoh pula dengan ura-ura Yamaha  bakal menggunakan enjin 155 VVA untuk Y15ZR terbaharu. Malah, foto intip yang kononnya itu Y15ZR baharu turut tersebar. Namun, rekabentuk baharu itu dikritik hebat kerana sangat hambar, dan masih dibayangi model sedia ada.

BACA >>> Benarkah Ini Yamaha Exciter Serba Baharu? Akan Dipasangkan Enjin VVA 155, Lebih Laju?

Terbaharu studio rekabentuk dari Indonesia, Julak Sendie Design tampil menyiarkan lakaran bayangan MX King 155 VVA generasi baharu. Dibandingkan dengan imej bocor sebelum ini, lakaran prototaip Julak Sendie Design ini jauh lebih lengkap dan sangat realistik.

Secara keseluruhan, Julak Sendie Design masih mengekalkan rekabentuk asas Y15ZR sedia ada. Namun, pembaharuan dibuat pada sistem pencahayaan yang mana lampu utama dipindahkan ke fairing dada, sama seperti Winner X.

Panel lampu asal di kepala pula dipasangkan panel perisai dan lampu siang (DRL) LED bentuk runcing. Posisi lampu signal belok dikompakkan dan direka menegak

Bentuk badan masih sama, tetapi diberikan ekstra garis badan untuk penampilan lebih sporty, termasuk mewujudkan visual penampilan khas seakan dua panel badan terpisah. Juga dipasangkan rim baharu. Paling menarik perhatian ialah enjin 155 dengan teknologi VVA yang dapat dilihat konsol enjin. Trenkuasa baharu kali ini mampu memberikan kuasa setinggi 19hp, iaitu 4hp lebih tinggi daripada enjin 150cc sedia ada.

Walaupun cuma imej bayangan, rupa Y15ZR ini pasti seronok disembangkan peminat super moped Yamaha itu kerana akhirnya mereka dapat juga melihat gaya kapcai itu dalam bentuk lebih sporty dengan enjin 155 VVA.

BACA >>> #BikinMotor: Kos Modifikasi Honda Winner X Lebih RM9k, Sama dengan Harga Motor!

Mungkin ada yang kurang berminat dengan gaya lampu seakan Winner X sambil mengharapkan Yamaha cukup saja sekadar menukarkan enjin baharu. Namun, ramai juga yang mengharapkan Yamaha melakukan sesuatu yang drastik dan lakaran Julak Sendie Design memang berbaloi untuk dipertimbangkan.

SUMBER: JulakSendieDesign

Imej Bayangan Kapcai lakaran roda2 super moped Yamaha Yamaha Exciter 150 Yamaha MX King Yamaha MX King 150 Yamaha Y15ZR Yamaha YSuku
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026

    18 Comments

    1. saufi on 23/09/2019 09:41

      bila pelancaran?, ke ini masih gambaran sahaja?

      Reply
    2. Mohd Razali bin Yusoff on 03/10/2019 13:39

      Assalammualaikum Razali saya ingin beli boleh encik whatsapp ke 0172462089

      Reply
    3. John on 25/10/2019 12:56

      Bila lancar?tlg wssp sy 0173027195

      Reply
    4. Sahidan on 27/10/2019 08:25

      Saya nk beli pm saya 012 4644630

      Reply
    5. Muhammad jasri bin josslin on 01/11/2019 09:15

      saya ingin nak beli sila whatsapp 0177607858

      Reply
    6. RAJ on 03/01/2020 20:51

      HARGA BERAPA RM?PMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM….

      Reply
    7. Abdul Rahman Bin Yunus on 08/01/2020 17:44

      Tuan agak-agak bila Motor nie akan keluar dipasaran.. Dan berapa harga pulak?

      Reply
    8. Kamarulzaman on 30/01/2020 16:15

      Bila motor ini akan keluar??

      Reply
      • Sufi on 14/02/2020 16:56

        Tak cantik design ni.. Headlamp moped tak patut bertukar ke bahagian dada.. Dh mcm skuter.. Rasanya head lamp cam yamaha lc versi led dan smokey dh cun.. Bahagian dada cam lampu R25 add drl lamp.. Upside down fork,155 vva enjin, tangki minyak 7 liter , slipper clucth, dual disc brek fork dpn, panel meter nvx dgn suis on cam nvx serta abs sistem dpn blkng.. Tu ciri yg patut ade pd yamaha y15zr v3..

        Reply
    9. fidie on 05/02/2020 17:11

      bila akan masuk malaysia

      Reply
    10. Faizul on 02/03/2020 17:10

      Bila nak masuk Malaysia ni. . . Xsabar menunggu. .

      Reply
    11. Param on 02/05/2020 15:49

      Bila boleh dapat di klang malaysia..harga dia berapa

      Reply
    12. Helmi on 12/07/2020 17:44

      Bila akan launch di malaysia?

      Reply
    13. Sasvindevan on 02/08/2020 18:15

      X sabar nk beli boss….bila Akan launch Di Malaysia?

      Reply
    14. Zura on 04/08/2020 00:24

      Bila motor mx king 155 akan berada di pasaran Malaysia

      Reply
    15. Asshaari on 14/08/2020 19:33

      Boss agak2 bile keluar kt malaysia,bole bagi tau lebih lanjut,

      Reply
    16. Muhammad Nurullah Bin Idris on 15/08/2020 23:14

      Bila nk ada ni ,brp hrg sy nnt laa

      Reply
    17. Masran Bin Mustapha on 17/01/2021 13:50

      Boleh bagi harga Yamaha mx king
      Dan gambar secara details

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.