Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lakaran Škoda Kodiaq Diubah Suai Jadi Pikap 2 Pintu, Sentuhan Pelajar Vokasional!
Auto Terkini

Lakaran Škoda Kodiaq Diubah Suai Jadi Pikap 2 Pintu, Sentuhan Pelajar Vokasional!

Abang HirataBy Abang Hirata26/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ŠKODA Kodiaq jadi popular di kalangan peminat permotoran tempatan dek nama model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu yang mirip nama pekan Kodiang di Kedah. Kebetulan, nama Kodiaq itu memang diambil daripada nama tempat, iaitu Kodiak, sebuah bandar di Alaska, Amerika Syarikat (AS). Selain nama tempat, Kodiak juga merujuk kepada beruang coklat terbesar.

Dalam famili Škoda, Kodiaq ialah SUV saiz pertengahan yang berpotensi untuk diubah suai menjadi kenderaan versi lain, misalnya pikap. Inilah apa dilakukan 35 pelajar vokasional apabila menggunakan Kodiaq sebagai Kereta Pelajar.  Dengan bantuan jurutera dan staf di Jabatan Pembangunan Teknikal, Rekabentuk dan Pengeluaran, pasukan pelajar itu akan mengubah suai Kodiaq menjadi pikap dua pintu.

BACA >>> #TahukahAnda: Asal-Usul Nama Skoda Karoq? Tiada Kaitan Langsung dengan Karaoke!

SENTUHAN PELAJAR VOKASIONAL

Projek ‘Kereta Konsep Pelajar Škoda’ sudah dibuat sejak 2014 dan menjadi platform latihan kepada pelajar Sekolah Vokasional Škoda di Mladá Boleslav, Republik Czech dengan sejarah penubuhan lebih 90 tahun.

Projek kereta konsep itu melibatkan pelatih berusia 17-20 tahun dari Sekolah Vokasional Škoda untuk Kejuruteraan Mekanikal dan bakal ditayangkan kepada umum, Jun nanti. Bagi pelajar terlibat, projek tersebut ialah penanda aras kepada latihan vokasional yang dipelajari dan menjadi peluang untuk menunjukkan bakat dan kreativiti dalam pembangunan kenderaan.

Pelajar terlibat juga sangat bertuah kerana dapat memerhatikan tugasan Ketua Pereka Škoda, Oliver Stefani dan pasukannya di Pusat Rekabentuk Škoda sambil menghasilkan hasil kerja sendiri di bawah tunjuk ajar pakar.

Sejak 2014, pelajar Sekolah Vokasional Škoda untuk Kejuruteraan Mekanikal sudah menghasilkan banyak model konsep setiap tahun. Antara model konsep pernah dihasilkan ialah Citijet berasaskan Škoda Citigo, Atero coupé (Rapid Spaceback), EV Element (Citigo) dan Sunroq (Karoq). Rupa-rupanya, pikap turut jadi perhatian dan pernah dibikin berasaskan Fabia, menjadi pikap Funstar.

Ditubuhkan pada 1927, sekolah vokasional tersebut menawarkan program latihan dalam pelbagai bidang selama 3-4 tahun pengajian.

BACA >>> Škoda Octavia – Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia

Auto Terkini evolusi logo Škoda lakaran Sekolah Vokasional ŠKODA ŠKODA Skoda Kodiaq
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.