Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Lakaran 3D BMW S1000RR (2019) Bocor Sebelum Debut Global
Roda2

Lakaran 3D BMW S1000RR (2019) Bocor Sebelum Debut Global

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN lagi rahsia BMW S1000RR (2019) bakal debut tahun ini sama ada pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) di Itali ataupun lebih awal di Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot), Jerman bulan depan. Dilabel sebagai ‘pengubah permainan’ dalam segmen superbike, kedatangan BMW S1000RR (2019) bakal menggugat pesaing lain.

Terbaharu, imej bayangan CAD bocor di alam maya yang secara jelas mendedahkan perincian S1000RR (2019). Perubahan pertama paling ketara ialah bahagian enjin, menggunakan aci engkol lawan jam (counter-rotating) yang menunjukkan keupayaan enjin itu memberikan pengendalian lebih baik dan kuasa wheelie rendah ketika memecut.

Reka bentuk enjin itu memberikan bayangan tawaran lebih banyak kuasa terutamanya jika S1000RR dilengkapi dengan beberapa peralatan dari janakuasa model perlumbaan BMW HP4 yang debut tahun lalu. Terdapat beberapa khabar angin yang mencadangkan teknologi injap pembolehubah didatangkan pada versi 2019 ini. Tunggu dan lihat…

BACA>>>Kami Yakin Anda Akan Tonton Lebih Daripada Sekali TVC BMW Motorrad S1000RR Awesome Ini

Walaupun enjin dan frem baharu namun casis kekal dengan rekaan aluminium twin-spar tetapi subfrem belakang menggunakan susun atur trellis dan swingarm di bahagian bawah. Bukan itu saja, superbike itu dipasang dengan tiga bahagian ekzos bagi menangani isu emisi dan bunyi .

Berdasarkan lakaran 3D, keliahatan terlihat dual kanister di bawah yang membantu mengurangkan bunyi enjin 4 sebaris 999cc selain menghasilkan emisi rendah. Ini penting bagi memenuhi peraturan Euro 5 menjelang model tahun 2021. Secara visual, S1000RR (2019) nampak begitu berbeza berbanding hala tuju masa lalu pengeluar Bavarian itu.

BACA >>> Suzuki UK Lancar Replika GSX-R1000R Buildbase Edisi Terhad – £19,999 (RM105,339)

Antara rekaan yang dilenyapkan ialah lampu depan simetri besar yang menjadi legasi sejak dulu. Dengan lampu depan projektor, ambilan ditetapkan tepat, di tengah ruang antara lampu tersebut yang mampu menyuap sejumlah udara masuk ke kebuk pembakaran ketika memecut. Ciri kompak dan ringan S1000RR (2019) nampaknya bersedia untuk menjalankan tugas di trek.

SUMBER: AsphaltAndRubber

BMW BMW Motorrad BMW Motorrad Malaysia BMW S1000 RR BMW S1000RR BMW S1000RR (2019) EICMA 2018 Pameran Motosikal Antarabangsa (INTERMOT) roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.