Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lagi Kemalangan Maut Akibat Beg Udara Honda Meletup
Auto Terkini

Lagi Kemalangan Maut Akibat Beg Udara Honda Meletup

Han OthmanBy Han Othman28/06/20165 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

beg-udara-meletup
SATU lagi insiden maut akibat beg udara berlaku hari ini membabitkan sebuah kereta Honda City dan sebuah Mercedes-Benz di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara.

Menurut berita disiarkan portal online, The Star Online (baca SINI), pemandu wanita berusia 44 tahun itu, yang memandu Honda bersama dua anak lelaki dan seorang anak saudaranya, menemui ajal di tempat kejadian pada tengah hari tadi.

KEMASKINI: Nama mangsa ialah Norazlin Haron. Kereta dipandu ialah Honda City 2005.

Menurut Asisten Komisioner Polis (ACP) Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din, pemandu Honda tersebut tidak berhenti sebelum membelok masuk ke satu simpang dan merempuh belakang sebuah Mercedes-Benz. Salah seorang saksi kejadian mendakwa beg udara pemandu dan penumpang mengembung berikutan perlanggaran berkenaan.

Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Menyelamat Sungai Buloh, Rosdi Hainan berkata, beg udara pemandu didapati pecah dan dada mangsa parah akibat material yang terkeluar daripada tengah roda stereng.

KREDIT FOTO. The Star Online
KREDIT FOTO: The Star Online

“Ada darah dalam kereta apabila kami memeriksanya. Kakitangan perubatan dari Hospital Sungai Buloh mendakwa mangsa sudah kritikal ketika bantuan tiba sebelum maut di tempat kejadian. Tiga lagi penumpang tidak cedera,” katanya.

Rosdi berkata lagi, pemandu Mercedes dan isteri juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Pasukan bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh diketuai Rosdi tiba di tempat kejadian pada jam lebih kurang 12.10pm selepas menerima panggilan kecemasan.

Sementara itu, ACP Zani berkata punca kematian akan diketahui selepas mendapat keputusan bedah siasat. Bagaimanapun, Honda City dipandu mangsa cuma mengalami kerosakan kecil.

BACA>>> Honda Malaysia Memanggil Semula 147,894 Unit Pelbagai Model

KRONOLOGI BEG UDARA MELETUP DI MALAYSIA

  • Kes-1 berlaku di Sibu (Julai 2004), pemandu Honda City 2006 yang juga ibu mengandung meninggal dunia apabila beg udara meletup selepas berlanggar dengan kenderaan lain (tidak dimaklumkan jenis).
  • Kes-2 berlaku di Sungai Petani (Oktober 2015),  budak perempuan 8 tahun maut apabila abangnya yang memandu membrek kecemasan selepas terlanggar bonggol. Tidak dimaklumkan jenis kereta pemandu.
  • Kes-3 berlaku Jun 2016 (artikel ini). Pemandu Honda City 2005 berlanggar dengan Mercedes.
* Semua kes di atas berlaku di Malaysia, tidak termasuk kes luar negara.
* Kalau ada kes tertinggal boleh maklumkan di ruang komen sini. Kes-2 juga boleh diabaikan berpunca kereta Honda kerana tiada butiran lengkap. Tapi masih lagi berpunca beg udara gagal berfungsi baik (menurut laporan).
* Dua kes maut lain disahkan melibatkan pemandu Honda.‎
* KEMAS KINI:  Kereta pemandu dalam kes-2 (di Kedah) disahkan ialah Honda City 2003. Keseluruhannya, 3 kes maut akibat beg udara di Malaysia setakat ini adalah membabitkan kereta Honda.

Ini ialah kes pertama insiden maut tahun ini akibat beg udara Honda di Malaysia. Sebelum itu, pada 2014 dan 2015 juga mencatatkan satu kes setiap tahun yang juga melibatkan kematian disebabkan beg udara meletup.

Kami di PanduLaju meminta pemilik Honda negara ini supaya segera hadir ke pusat servis berdekatan untuk diperiksa. Jika anda ada ahli keluarga, saudara atau rakan yang memiliki kereta Honda, sila sampaikan notis panggil balik yang dikeluarkan Honda. Sila jangan ambil mudah peringatan ini!

Kepada keluarga mangsa, salam takziah daripada kami. 😥

SUMBER: The Star Online

beg udara Honda Beg udara takata kemalangan maut kes beg udara Malaysia kronologi kemalangan beg udara meletup di Malaysia maut akibat beg udara
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026

5 Comments

  1. Isbawandi on 27/06/2016 07:03

    Kes kedua melibatkan Hyundai/Inokom Matrix.

    Reply
    • AO on 28/06/2016 00:38

      Sudah disahkan, kes-2 memang membabitkan kereta Honda City 2003. Ini berita Mei lepas >>> https://paultan.org/2016/05/04/inflator-beg-udara-takata-sdi-disahkan-pecah-dalam-dua-kemalangan-honda-malaysia/

      Reply
  2. Pemilik honda city on 27/06/2016 22:16

    Pergi honda nak tukar… xde plak stok… dah nak 2bulan ni… xde pun calling2x… harap cepatla honda sedia stok airbag tu… bahaya ni melibatkan nyawa…

    Reply
  3. MISI on 28/06/2016 12:12

    Alhamdulillah …da tukar da….tp kne follow up byk kali la dgn honda care…kalu x silap dlam bulan 11 tahun lepas…mula2 call dulu seingat dalam bulan Jun 2015…itupun masuk dlam batch yg kedua…..n sebelum tu pun da eksiden langgar tiang… tertido keje malam…da merase gak la penangan airbag kat muke…..

    Reply
  4. pengat on 12/07/2016 04:55

    honda juga x terlepas dari masalah kualiti…. bnyak juga kes di luar negara…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.