Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kymco KRV200 (2023) Lancar di Eropah, Harga RM24k!
Roda2

Kymco KRV200 (2023) Lancar di Eropah, Harga RM24k!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize22/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR motosikal dari Taiwan yang terkenal dengan skuter maksi, Kymco melancarkan skuter bajet Kymco KRV200 (2023) dengan gaya sporty dan moden.

Menariknya, skuter ini menampilkan ciri moden yang sama seperti abangnya, AK550 tetapi dalam pakej lebih mesra dompet.

Rupa depan Kymco KRV200 (2023) dilengkapi set lampu LED mirip mata yang tajam. Dari segi estetika, skuter itu tampak agresif dan sporty ala siri AK lebih kecil.

Skuter tersebut memiliki dimensi jarak roda 1,400mm dengan tinggi pelana 800mm. Bahagian suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.

Bahagian brek pula mendapat brek cakera 270mm di depan, dan 234mm di belakang, dan kedua-dua roda dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Kymco KRV200 menggunakan tayar tiubles dalam saiz 110/70 R13 di depan, dan 130/70 R13 (belakang).

Trenkuasa skuter ini menggunakan enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 175cc penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 17hp @ 8,000rpm, dan tork 15.6Nm. Kuasa enjin dikawal Sistem Kawalan Traksi (TCS) yang boleh dinyah aktif menggunakan suis sebelah kiri.

Kapasiti tangki minyak 7.4 liter dan Kymco mendakwa skuter ini memiliki penjimatan bahan api 33km per liter. Kelajuan maksimum pula dalam 107kmj.

Kymco KRV200 (2023) turut didatangkan dengan panel meter LCD digital dengan maklumat takometer, spidometer, odometer, jam, bar petrol, voltan bateri dan indikator suhu penyejuk.

Ciri lain skuter ini ialah sistem penghidup tanpa kunci, sistem lampu LED penuh, dan soket pengecas USB. Dari segi praktikaliti, Kymco mendakwa Kymco KRV200 (2023) mempunyai ruang simpanan bawah pelana yang mampu memuatkan sebuah helmet muka penuh.

Kymco KRV200 (2023) dijual pada harga €4,890 (RM24,020).

BACA >>> Taiwan Perkenal Skuter Kymco Racing Man 150 ABS (2023), Harga RM14k!
BACA >>> Kymco Racing S 150 (2023) Mampu Cabar Yamaha NVX, Honda Vario

kymco ak550 kymco KRV200 Kymco KRV200 (2023) roda2 skuter maxi Taiwan
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.