Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM Malaysia Tayang Barisan Model Off-Road 2019 untuk Pasaran Malaysia
Auto Terkini

KTM Malaysia Tayang Barisan Model Off-Road 2019 untuk Pasaran Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/09/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM Malaysia kembali lagi dan kali ini memperkenalkan barisan produk lebih berkuasa, kukuh, ringan dan lincah kepada peminat off-road tempatan dengan membawa masuk model:

  • Motocross: KTM 250 SX-F (2019)
  • Enduro: KTM 250 EXC TPI, 300 EXC TPI, 250 EXC-F, 350 EXC-F dan 450 EXC-F (Semua model enduro dalam varian Standard dan edisi khas Six Days).

Tempahan semua model kini dibuka dan bakal berada di pusat jualan bermula Oktober ini kecuali 250 EXC-F, 350 EXC-F dan 450 EXC-F yang akan menyusul kemudian.

Berikut fakta ringkas tentang barisan model off-road KTM 2019 di Malaysia itu.

1. MOTOCROSS – KTM 250 SX-F (2019)

KTM 250 SX-F bukan untuk kegunaan jalan biasa dan hanya untuk aktiviti lasak off-road.  Generasi baharu SX (2019) ini didatangkan dengan pengendalian dan ketahanan dipertingkat selain berat jentera yang lebih ringan berserta penampilan baharu.

BACA >>> KTM Jemput Juara Enduro NZ 8 kali, Chris Birch Jadi Cikgu Off-Road

Dijual pada harga RM38,500, karakter KTM 250 SX-F diserlahkan menerusi:

  • Bahagian enjin dikemas kini bersama gabungan klac DS (Diaphragm Steel) baharu dan padanan transmisi Pankl. Pembangunan klac DS mengurangkan tekanan pada tuil, meningkatkan operasi kerja klac lebih baik dan menyumbang kepada pengurangan berat 190gram.
  • Dilengkapi mufler 4-injap lebih pendek dengan teknologi resonator 4-injap baharu.
  • Terotel badan baharu menyumbang kepada routing kabel lebih baik dan kedap (seal) sensor MAP lebih bagus.
  • Casis dibina semula dengan frem lebih kuat untuk pengendalian mantap.
  • Subfrem kini lebih panjang 40mm dan swingarm 5mm panjang yang menawarkan kestabilan atas laluan lurus selain bantuan fender belakang lebih kukuh.
  • Didatangkan dengan pengukuh (head stay) aluminium.
  • Tidak ketinggalan bahagian kerja badan dan CTG direka semula sepenuhnya untuk meningkatkan ergonomik selain pelana dengan kemasan jalur silikon supaya lebih selesa.
  • Tunggangan dinamik diserahkan kepada tetapan suspensi baharu bersama apit triple XC baharu untuk kawalan  depan lebih baik.
  • Pemasangan radiator baharu menawarkan graviti tengah rendah dan kitaran penyejukan optimum yang memberikan tahap pendinginan lebih efisien.
  • Dipasangkan bateri litium-ion Haijiu supaya jentera mudah dihidupkan.

2. ENDURO – KTM 250 EXC TPI, 300 EXC TPI, 250 EXC-F, 350 EXC-F DAN 450 EXC-F

Berikut senarai harga model Enduro pasaran Malaysia mengikut varian:

  • KTM 250 EXC TPI (Standard/Six Days): RM39,000/RM42,500
  • KTM 300 EXC TPI (Standard/Six Days): RM43,500/48,000
  • KTM 250 EXC-F (Standard/Six Days): RM44,000/RM48,500
  • KTM 350 EXC-F (Standard/Six Days): RM45,000/RM49,500
  • KTM 450 EXC-F (Standard/Six Days): RM46,000/RM50,500

Varian Six Days dibezakan menerusi:

  • Silenser dan bar hendal dengan logo Six Days, plat skid, puler gandar depan.
  • Pelindung panas karbon 2-injap.
  • Dua komponen sproket belakang Supersprox Stealth.
  • Frem jingga.
  • Apit tripel CNC jingga.
  • Brek cakera depan apung.
  • Gad rantai jingga.
  • Pelana Six Days.
  • Butang Opsyen Pemetaan (semua model).
  • Fork terbalik (USD) WP Xplor 48 dengan beban boleh laras.
  • Kipas radiator untuk semua enjin 4-injap.
  • Grafik eksklusif Six Days.

BACA >>> 16 Fakta Pantas | KTM XC-F (2019) Versi Kemas Kini yang Lebih Mantap

KTM tidak hanya menghidupkan segmen Enduro, tetapi juga melakar semula perjalanan segmen tersebut apabila memperkenalkan 250 EXC TPI dan 300 EXC TPI. Daripada bergantung pada induksi port silinder dengan enjin 2-lejang tradisional, enjin TPI (Pindahan Induksi Port) memiliki suntikan minyak sendiri ke port pindahan.

Tekanan udara dan suhu akan diimbangi secara automatik. Minyak pelincir (2T) tidak bercampur, tetapi bekalan dikawal secara elektronik melalui pam minyak. Enjin TPI KTM bukan saja lebih berkuasa kerana teknologi tetapi juga tidak mencemarkan seperti model 2-lejang.

Sementara itu, model enjin 450 EXC-F pula dilengkapi dengan suntikan bahan api dengan aci sesondol @ camshaft tunggal bersama tork boleh kawal. Model enduro 2019 juga dipasangkan suspensi WP boleh laras yang direka khas untuk tunggangan lasak dan perlumbaan.

BACA>>>Yamaha YZ250F dan YZ85 (2019) Lengkapkan Barisan Jentera Off-Road Eropah

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork USD WP XPLOR 48 (depan) dan absorber WP XPLOR PDS (belakang). Redaman suspensi ditala dengan sensitiviti tinggi untuk mengatasi pelbagai rintangan mencabar.

GALERI
KTM 250 SX-F (2019)
KTM 350 EXC-F

 

 

 

 

 

 

KTM KTM 250 EXC TPI KTM 250 EXC-F KTM 250 SX-F (2019) KTM 300 EXC TPI KTM 350 EXC-F KTM 450 EXC-F KTM Enduro ktm malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Kenapa Jetour T2 i-DM Ada Livery Alan Walker? Edisi Terhad atau Bukan?

    02/05/2026
    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Jetour Bukan Lagi Sekadar Jenama SUV, Kini Sasar ‘Travel Lifestyle Brand’ Global

    02/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Dunlop Buka Lembaran Baru Bersama TBM, Sedia Perkenal Tayar Dalam Segmen EV

    02/05/2026

    3 Comments

    1. Kamal Fauzi zulkiflie on 28/12/2019 18:57

      Berminat KTM MCM mana nak beli mkaotor ni kuantan

      Reply
      • Kamal Fauzi zulkiflie on 28/12/2019 19:02

        KTM 250 nampak cantik dari moto kros yang lain .lagi pun ria ringan bila di pandu .PM pewer

        Reply
    2. hafiyullah afiq on 10/02/2022 12:27

      Bos bawak masuk 125cc sama.harga rendah sikit..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.