Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»16 Fakta Pantas | KTM XC-F (2019) Versi Kemas Kini yang Lebih Mantap
Roda2

16 Fakta Pantas | KTM XC-F (2019) Versi Kemas Kini yang Lebih Mantap

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/05/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARISAN KTM XC-F (2019) mendapat pengemaskinian lebih baik bermula frem, suspensi dan motor dengan perubahan perincian bagi menambahbaik barisan motosikal off-road (2019) XC-F.

1. Ada tiga model KTM XC-F: 250, 350 dan 450. Semua jentera off-road 4-lejang XC-F ini mendapat pengemaskinian signifikan bagi 2019.

2. Frem direka semula supaya lebih kuat untuk menambah baik pengendalian dan meningkatkan kestabilan pada laluan lurus. Tidak ketinggalan subfrem kini lebih panjang 1.5 inci supaya fender belakang lebih stabil.

3. Suspensi XC-F dikemas kini. Absorber WP kini memiliki piston utama baharu. Fork dan absorber WP turut ditala lebih keras.

4. Ada pengapit (clamp) tripel baharu yang lebih kuat untuk bekerja dengan frem baharu dan tetapan suspensi dikemas kini.

5. Kotak angin dirombak semula yang mana snorkel ambilan baharu direka untuk mengelak kotoran memasuki penapis udara dan pada masa sama meningkatkan aliran udara.

6. Ada pengemaskinian signifikan pada motor KTM 450 XC-F (2019). Kini menggunakan kepala silinder ringan dan baharu pada hujung atas SOHC. Aci (cam) baharu kini didatangkan dengan injap pemasaan lebih pendek dan canaian (surfacing) baharu. Pandu rantai aci (cam chain guide) menghasilkan geseran rendah berikutan salutan DLC. Terotel badan turut dirombak dengan laluan kabel baharu, ditambah kawalan traksi (TRC) dikemas kini dan tetapan kawalan luncur (launch control).

BACA >>> 5 Fakta Pantas | KTM XC-W (2019) – Cross Country 2-Lejang Versi Kemas Kini

7. KTM 350 XC-F (2019) mendapat pengemaskinian motor tersendiri seperti kepala silinder baharu dan ringan, klac DS yang lebih kompak dan transmisi Pankl. Terotel badan 350 XC-F turut dikemas kini, termasuk tetapan untuk TRC dan Kawalan Luncur.

8. KTM 250 XC-F (2019) pula mendapat pengemaskinian enjin seperti aci sesondol (camshaft) ekzos baharu dengan pemasaan baharu. Sama seperti 350 XC-F, model 250 turut didatangkan dengan klac, transmisi, dan terotel badan baharu berserta TRC dan Kawalan Luncur.

KTM 250 XC-F (2019)
KTM 350 XC-F (2019)
KTM 450 XC-F (2019)

9. Sistem ekzos adalah baru dari hujung ke hujung. Paip header dilengkapi sistem resonator FDH untuk lebih kuasa, manakala mufler baharu mengimbangi kuasa dengan output bunyi rendah.

10. KTM XC-F (2019) turut mendapat radiator baharu. Sirkulasi udara dalam tetiub besar ditingkatkan untuk memindahkan coolant antara kepala silinder dan radiator. Radiator WP Performace System baharu dipasang setengah inci lebih rendah berbanding model terdahulu bagi merendahkan pusat graviti (CoG). Radiator turut menerima penutup sempit baharu yang direka untuk memudahkan penunggang berganjak ke depan motosikal ketika membelok. Gad baharu pula direka untuk melindungi radiator jika terjatuh.

11. Hantaran kuasa disemak semula. Matlamatnya ialah menambah baik traksi dan jentera dapat dihidupkan lebih cekap. Tetapan ini dikawal suis bar hendal yang juga memilih antara dua pilihan hantaran kuasa.

12. Ada manfaat pendawaian baharu bersama bateri baharu. KTM memindahkan regulator voltan dan kondensor ke bawah pelana supaya kedua-dua komponen itu mudah diakses. Bateri lithium-ion 2Ah baharu bertindak menambah baik proses menghidupkan motosikal ketika cuaca sejuk, termasuk mengurangkan berat.

13. Tangki minyak baharu memiliki kapasiti 9.1 liter. Penutup minyak tampil dengan rekaan bayonet, manakala sensor indikator kurang minyak turut ditambah baik.

14. XC-F turut menggunakan badan baharu yang memiliki ergonomik lebih baik dan pengendalian lebih mudah.

15. Pelana juga baharu yang kini lebih mencengkam hasil penggunaan strip silikon baharu dan rekabentuk yang menumpukan aspek keselesaan.

16. Ada juga pad bar hendal baharu yang direka untuk ciri keselamatan tunggangan.

SUMBER: UltimateMotorcyling

Cross Country dirtbike KTM KTM 250 XC-F (2019) KTM 350 XC-F (2019) KTM 450 XC-F (2019) KTM XC-F KTM XC-F (2019) motocross off-road roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made, Program Kustom Ducati Terus Dari Kilang!

17/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

12/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.