• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Jemput Juara Enduro NZ 8 kali, Chris Birch Jadi Cikgu Off-Road

KTM Jemput Juara Enduro NZ 8 kali, Chris Birch Jadi Cikgu Off-Road

January 27, 2018 By AI 2 Comments

FacebookTwitter


PEMINAT enduro mungkin kenal Chris Birch. Beliau bukan sekadar mahir penunggang dan jurulatih enduro disegani, anak jati New Zealand itu juga sudah banyak melakar kejayaan dalam dunia permotoran. Beliau menjadi juara Kejuaraan Enduro New Zealand sebanyak lapan kali, Roof of Africa (3 kali) dan pernah muncul juara enduro paling lasak dunia di Romania (2010) dan menaiki podium sebanyak tujuh kali.

Pelumba Rali Dakar itu turut bersaing dalam beberapa acara enduro seperti Erzberg, Red Bull Last Man Standing, Hells Gate, International Six-Day Enduro (ISDE), Kejuaraan Enduro Dunia (WEC) dan Kejuaraan Enduro Eropah (EEC). Sesudah menjelajah hampir 30 negara, Birch tiba di Malaysia untuk berkongsi ilmu dan teknik mengendalikan jentera off-road.

BACA >>> 'Travel Pack' KTM 1290 Super Adventure S untuk Tunggangan Lebih Meyakinkan

Birch yang bekerjasama dengan KTM dan Red Bull sejak 2007 dijemput khas KTM Malaysia. Peluang seumur hidup itu langsung tidak dilepaskan 20 peserta. Ada kalangan mereka datang sejauh Indonesia.

Program 'KTM Weekend Adventure with Chris Birch' (Advencer Hujung Minggu KTM dengan Chris Birch) itu adalah anjuran KTM Malaysia dan KTM Malaysia Owners’ Group (KMOG), melibatkan pelbagai motosikal KTM seperti 1290 Super Adventure S, 1290 Super Adventure T, 1190 Adventure, 1090 Adventure, 1050 Adventure, 990 Adventure, 690 Enduro dan 450 EX/C-F ISDE, Freeride 250.

HARI 1: CARA KAWAL JENTERA ATAS TREK OFF-ROAD

batch_KTM_riding_course-chris_birch_pandulaju32
batch_KTM_riding_course-chris_birch_pandulaju10
batch_KTM_riding_course-chris_birch_pandulaju29
batch_KTM_riding_course-chris_birch_pandulaju38

Birch bersama pembantu, Chris Whitehouse memulakan hari pertama dengan mengajar cara memposisikan badan dengan betul di atas motor. Ini termasuk bagaimana menahan berat badan dan cara berdiri. Bagi menyesuaikan diri dengan kawalan motor, peserta diajar cara memegang dan mengawal terotel serta teknik betul menggunakan brek.

Selepas sesi teori, semua peserta mula menghidupkan motosikal masing-masing untuk mempraktikkan teknik yang diajar. Selepas menguasai teknik asas, Birch mengajar pula cara menghadapi situasi sukar ketika menunggang di permukaan lumpur, berpasir, berbatu, halangan, kawal jentera dalam kelajuan rendah, mengambil selekoh dan mendaki bukit curam.

Walaupun ada peserta terjatuh, tiada yang mengalami kecederaan. Malah, Birch sendiri sentiasa berada di tengah trek off-road (lokasi di Sungai Buaya) untuk memantau dan memperbetulkan kesilapan peserta.

HARI 2: MASUK HUTAN

batch_KTM_riding_course-chris_birch_pandulaju21
batch_KTM_riding_course-chris_birch_pandulaju22
batch_KTM_riding_course-chris_birch_pandulaju35

Kelas bimbingan diteruskan pada hari kedua. Kali ini semua peserta mula memasuki kawasan hutan bermula laluan di Bukit Beruntung dan kembali semula ke Sungai Buaya. Konvoi diketuai wakil penunggang KTM Malaysia, Gabit Saleh bersama Birch dan Whitehouse serta marshal. Cabaran hari kedua lebih lasak dengan keadaan muka bumi yang pelbagai seperti berpasir, tanah keras, berbatu, selut, lumpur dalam, lopak air, sungai, jambatan buruk, lereng curam dan berbukit, termasuk jalan tar.

Sepanjang perjalanan, peserta disarankan saling berkomunikasi dengan Birch untuk memperbaiki skil tunggangan masing-masing. Birch sendiri mengambil peluang menguji keampuhan mesin KTM 1290 Super Adventure S sepanjang laluan off-road.

BACA >>> #Spyshot: KTM 690 Enduro dan 690 SMC Bakal Kembali!

Birch turut melakukan demonstrasi power slide, pusingan U power slide, melintas aliran sungai, meredah laluan lumpur dalam, wheelie dan lain-lain. Selepas menamatkan kelas bimbingan selama dua hari itu, rata-rata pemilik KTM melahirkan rasa kagum dengan jentera mereka yang cukup lasak dan mampu menangani sebarang situasi mencabar.

Rasanya bila pula giliran kita boleh berguru dengan Birch? Sekarang ni, cukuplah dulu layan kapcai pergi redah mana-mana hutan simpan, dusun atau estet.

GALERI

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 1050 Adventure, 1090 Adventure, 1190 Adventure, 1290 Super Adventure S, 1290 Super Adventure T, 450 EX/C-F, 690 Enduro, 990 Adventure, Chris Birch, Freeride 250., KTM, ktm malaysia, KTM Weekend Adventure with Chris Birch, roda2, TM Malaysia Owners’ Group (KMOG)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my