Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Travel Pack’ KTM 1290 Super Adventure S untuk Tunggangan Lebih Meyakinkan
Auto Terkini

‘Travel Pack’ KTM 1290 Super Adventure S untuk Tunggangan Lebih Meyakinkan

Abang GYLBy Abang GYL16/12/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM 1290 Super Adventure S kini menawarkan pakej ‘Travel Pack’ bernilai RM5,424 secara percuma yang memuatkan ciri baharu, iaitu:

  • My Ride
  • Quickshifter+
  • Kawalan Pegun Bukit (Hill Hold Control – HHC)
  • Regulasi Gelincir Motor (Motor Slip Regulation – MSR)

Ya, anda akan menerima ‘Travel Pack’ secara percuma dengan pembelian KTM 1290 Super Adventure S. Bagi ciri My Ride, ia dapat menghubungkan telefon pintar dengan motosikal menerusi sambungan wayarles Bluetooth yang membolehkan penunggang mendengar strim muzik dan membuat atau menerima panggilan telefon secara bebas tangan.

Quickshifter+ pula adalah evolusi daripada teknologi quickshifter sedia ada yang melancarkan penukaran gear tanpa klac sama ada menganjak naik atau menurunkan gear. Ciri baharu Quickshifter+ KTM pula menampilkan ‘pengaktif’ pada aci penyambung anjakan (shift connector shaft).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu ‘Quick Shifter’ untuk Motosikal?

Berhenti di cerun atau jalan berbukit bukanlah perkara yang disukai ramai penunggang.  Selain perlu menarik tuil brek depan, penunggang juga perlu melepaskan klac serta memulas terotel. Inilah sebab kenapa KTM melengkapkan 1290 Super Adventure S dengan HHC yang berfungsi memegang motosikal ketika berhenti atas laluan bercerun walaupun dalam gear neutral. Semestinya ciri sebegini sangat berguna bagi motosikal jenis touring yang biasanya bersaiz besar dan berat.

Akhir sekali ialah MSR yang beroperasi bersama ciri kawalan traksi motosikal (MTC). Ketika MTC dan sliper melepaskan roda belakang daripada melompat atau menggelupur, MSR pula bertindak mengehadkan tork belakang pada roda belakang dengan meningkatkan kelajuan enjin. Ciri ini amat berguna dalam situasi kurang cengkaman.

Situasi tersebut sama seperti aksi penunggang motocross sedang meligatkan putaran enjin pada rpm tinggi untuk mendapatkan kawalan traksi yang konsisten berbanding terus mematikan enjin. Semestinya, teknologi ini dibangunkan KTM dberasaskan input yang diperoleh daripada jentera jenama itu yang sudah biasa berentap dalam saingan off-road seluruh dunia.

Travel Pack boleh dianggap sebagai pakej keselamatan dan hiburan tambahan bagi sebuah jentera yang sudah sedia hebat. Jadi, sila kunjungi pengedar KTM terdekat sekarang!

BACA >>> KTM Super Duke R & KTM Super Adventure S Diperkenalkan – Harga Bermula RM115,000

KTM KTM 1290 Super Adventure S quickshifter+ roda2 touring Travel Pack
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    20/04/2026
    Auto Terkini

    #TahukahAnda: Helmet Tiada SIRIM? Boleh Guna Tapi…

    20/04/2026
    Auto Terkini

    YOHE Bukan Jenama Baharu, Kini Rasmi Tembusi Pasaran Malaysia

    20/04/2026
    Morbidelli T502X 2026
    Roda2

    Morbidelli T502X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    20/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.