Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM Malaysia Lancar 1290 Super Adventure S (2021), Harga Mula RM132k!
Roda2

KTM Malaysia Lancar 1290 Super Adventure S (2021), Harga Mula RM132k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTM Malaysia sebentar tadi melancarkan satu lagi model motosikal advencer perdana, 1290 Super Adventure S (2021) lengkap dengan pelbagai teknologi termaju, harga bermula serendah RM132,800.

Ketibaan model 1290 Super Adventure S (2021) sebenarnya melengkapkan siri KTM Adventure di pasaran Malaysia, dianggotai model 250, 390, 790, 790 R dan 1290 Super Adventure R (2019).

Sebenarnya, KTM Austria pada awal bulan ini ada membuat panggilan balik global dua model advencer termasuk 1290 Super Adventure S tahun 2021 berhubung isu sistem plak kanistor arang.

Menurut KTM Malaysia, semua masalah itu SUDAH DISELESAIKAN sebelum pelancaran 1290 Super Adventure S (2021). Notis panggilan balik diterima sejak minggu lalu. Satu inisiatif untuk memastikan rangkaian produk dibeli pelanggan bebas masalah.

Berikut ialah perincian KTM 1290 Super Adventure S (2021):

  • Frem kini lebih pendek dengan memindahkan stereng kepala 15mm ke dalam. Tujuannya untuk meningkatkan karakter pembelokan. Ada subbingkai baharu dan swingarm kini 15mm lebih panjang.
  • Trenkuasa 1,301cc LC8 V-Twin DOHC menghasilkan kuasa 160hp @ 8,750rpm dan tork 140Nm @ 6,750rpm. Transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Menggunakan sistem pencucuhan berkembar dengan dua palam pencucuh berbeza saiz. Ada empat mod tunggangan iaitu Rain, Street, Sport dan Off-road.
  • Instrumen TFT dilengkapi fungsi konektiviti Bluetooth untuk sambungan pada telefon pintar.
  • Tangki minyak baharu dengan tiga bahagian sebesar 23 liter dan simpanan 3.5 liter petrol (gambar bawah, kiri).
  • Pelana dua bahagian untuk penunggang dan pembonceng. Tempat duduk penunggang boleh laras dari ketinggian 849mm kepada 869mm. Peg kaki ada dua tetapan iaitu standard atau ditinggikan 10mm dan dianjak ke belakang.
  • Visor angin baharu yang boleh laras dengan mudah.
  • Ada teknologi kawalan jelajah adaptif (ACC) iaitu yang pertama untuk model KTM dan sistem radar Bosch. Kedua teknologi itu membantu motosikal kekal jarak dengan kenderaan di hadapan secara automatik.
  • Sistem suspensi membabitkan fork terbalik WP semi-aktif 48mm dengan unit kawalan suspensi (SCU) untuk mengubah tetapan redaman pada masa nyata.
  • Ada fungsi teknologi Kawalan Stabiliti Motosikal (MSC), ABS selekoh dan Kawalan Traksi (MTC).
  • Sistem henti cakera berkembar 320mm dengan kaliper Brembo 4-piston (depan), cakera tunggal 267mm kaliper Brembo 2-piston (belakang).

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Mula Main Motosikal Off-Road? Ikut 4 Tip Ini

BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Pelumba Profesional Julur, Goyang Kaki di Selekoh?

KTM 1290 Super Adventure S (2021) ktm malaysia KTM Recall Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.