Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Perbandingan: KTM Duke 200 vs KTM RC 200, Pilih Fairing atau Naked?
Auto Terkini

#Perbandingan: KTM Duke 200 vs KTM RC 200, Pilih Fairing atau Naked?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize26/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TAHUKAH anda persoalan paling kerap ditanya ketika mahu membeli sportbike aras mula (entry level) selain kapcai adalah “mahu pilih fairing atau naked?”

Jom kami bantu anda pilih sportbike apa yang sesuai dengan jiwa.

BACA >>> #TunggangUji: KTM 200 Duke ABS (2022) yang Lebih Berkarakter, Tangkas
BACA >>> #TunggangUji: KTM RC 200 (2022) Kini Lebih Mudah Ditunggang, Tork Lebih Padu!

Bagi memberikan perbezaan lebih jelas, kami menggunakan dua model sportbike sama dari segi enjin, tetapi berbeza karakter, iaitu KTM RC 200 (fairing) dan KTM Duke 200 (naked).

Sebelum pergi lebih lanjut mengenai sportbike fairing dan naked, berikut spesifikasi KTM Duke 200 dan KTM RC 200:

KTM DUKE 200

  • Harga: RM13,888
  • Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 200cc penyejukan cecair berkuasa 26hp, dan tork 19.5Nm
  • Suspensi fork terbalik (USD) WP Apex (depan) dan monoshock WP Apex (belakang)
  • Sistem brek cakera tunggal dengan kaliper 4-piston Bybre dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch di depan dan belakang.
  • Frem trellis ringan, lampu depan halogen, lampu belakang LED, panel meter LCD (jingga-putih), rim aloi 17 inci, mod Supermoto, kapasiti tangki petrol 13.4 liter dengan penjimatan bahan api 35km per liter.

KTM RC 200

  • Harga: RM15,888
  • Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 200cc penyejukan cecair berkuasa 26hp, dan tork 19.5Nm
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) WP Apex (depan) dan monoshock WP Apex (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal dengan kaliper 4-piston Bybre dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch di depan dan belakang.
  • Fairing aerodinamik penuh, liveri ilham MotoGP, visor angin aerodinamik, lampu utama halogen, lampu siang (DRL) dan lampu belakang LED, cermin sisi boleh laras, pemetaan enjin dipertingka, radiatorlengkung, frem trellis ringan, mod Supermoto, pelana Alcantara, kapasiti tangki petrol 13.7 liter.

SPORTBIKE FAIRING VS NAKED

1. Rekabentuk

Perbezaan paling jelas antara sportbike naked dan fairing ialah rekabentuk. KTM RC 200 dilengkapi fairing penuh yang menggabungkan panel badan dan kepala. Ini membuatkan sportbike itu tampak lebih besar.

Fairing itu juga menambah ciri aerodinamik KTM RC 200 yang lebih stabil ketika menunggang laju.

Walaupun casis trellis  digunakan kedua-dua model sama ringan, tetapi rekabentuk KTM 200 Duke tanpa fairing yang lebih togel menjadikan sportbike naked itu lebih ringan dan mudah dikawal.

2. Prestasi

Kedua-dua model turut menggunakan enjin sama yang menjana kuasa 26hp dan tork 19.5Nm. Namun, karakter enjin sportbike fairing dan naked adalah berbeza sama sekali.

KTM Duke 200 menawarkan daya pikap lebih kuat kerana lebih ringan, sekali gus memberikan nisbah kuasa kepada berat (power-to-weight) yang lebih baik. Bagaimanapun, kelajuan maksimum tidak setinggi dan semudah dicapai KTM RC 200 disebabkan kelemahan faktor aerodinamik untuk meredah rintangan angin kuat.

KTM RC 200 pula lebih stabil ketika menunggang laju kerana memiliki ciri aerodinamik dengan karakter enjin yang menumpukan aspek kelajuan.

Kesimpulannya, KTM Duke 200 lebih menyerlah pada daya pikap, manakala KTM RC 200 lebih pasu pada kelajuan maksimum.

3. Ergonomik

Tidak dinafikan, sportbike naked seperti KTM Duke 200 lebih selesa ditunggang kerana menawarkan postur tunggangan menegak dan psosisi hendal tinggi.

Walaupun KTM RC 200 mendapat pelana Alcantara yang lebih eksklusif dan selesa, tetapi postur tunggangan menunduk sebenarnya tidaklah seselesa dimiliki KTM 200 Duke. Namun, postur menunduk adalah lebih stabil dan selesa ketika melenjan selekoh tajam, termasuk memecut laju.

4. Praktikaliti

Dari segi praktikaliti, KTM Duke 200 lebih sesuai dalam bandar kerana lebih mudah dikawal ketika menyelit di kawasan lalu lintas sesak dan sempit.

Tetapi untuk tunggang di lebuh raya atau trek, KTM RC 200 jauh lebih selesa dan mampu menghalang anda ‘termenung’ ditinggalkan lawan lain yang lebih berkuasa dan tangkas.

Namun menunggang sportbike seperti KTM RC 200 untuk jangka masa lama dan jauh, boleh membuatkan lenguh dan sengal badan dan pinggang, terutama kepada penunggang kategori veteran.

KESIMPULAN

Pemilihan sportbike naked atau fairing bergantung kepada minat seseorang individu itu. Sportbike naked lebih praktikal dijadikan motosikal harian kerana selesa ditunggang.

Sportbike fairing pula lebih sedap untuk beraksi di selekoh, dan meredah rintangan angin selain nampak hebat kerana memiliki gaya ala jentera lumba. Bagaimanapun, sportbike fairing itu tidak menjanjikan keselesaan setanding jentera naked.

Tidak percaya? Apa kata singgah ke bilik pameran KTM berdekatan anda. Cubalah bandingkan sendiri antara KTM Duke 200 dan KTM RC 200.

Pendaftar dua model sportbike KTM itu pada 1 Disember 2022 hingga 31 Mac 2023 berpeluang menikmati faedah penyelenggaraan percuma selama setahun bernilai hingga RM1,237, termasuk kos buruh, penapis enjin, minyak enjin dan shim (tertakhluk terma dan syarat).

BACA >>> #TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!
BACA >>> KTM Brabus 1300 R (2023) Tayang di Vietnam, Bakal ke Eropah?

Auto Terkini KTM KTM 200 Duke ktm malaysia KTM RC 200 KTM RC 200 vs KTM 200 Duke perbandingan roda2 Sportbike Aras Mula Sportbike Entry Level
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.