Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM 790 Duke CBU @ Sang Pisau Bedah Kini di Malaysia – RM64k Sahaja!
Roda2

KTM 790 Duke CBU @ Sang Pisau Bedah Kini di Malaysia – RM64k Sahaja!

ZYBy ZY12/06/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM 790 Duke, jentera middleweight dwi-silinder sebaris pertama KTM yang menggamit perhatian pengunjung di Pameran Motosikal Milan (EICMA) penghujung tahun lalu kini tiba di Malaysia sebagai unit import sepenuhnya (CBU).

Menerusi pengumuman KTM Malaysia di laman Facebook Jumaat lalu, 790 Duke @ ‘Sang Pisau Bedah’ atau ‘The Scalpel’ – gelaran untuk jentera terbaharu KTM ini – ditawarkan pada harga agak kompetitif, iaitu cuma RM64,800 sahaja (dengan GST 0% dan tanpa cukai jalan+insurans).

Sebelum anda melenting mengatakan 790 Duke ini agak mahal untuk sebuah jentera middleweight dwi-silinder sebaris, bawa bertenang kerana bukan itu sahaja yang ditawarkan.

Selain enjin, KTM 790 Duke didatangkan dengan rekaan frem twin backbone baharu

Kepada yang belum tahu, nadi jentera KTM ini ialah enjin daripada keluarga LC8 dengan rekaan terbaru; LC8c (c untuk compact/kompak) – 799cc dwi silinder sebaris DOHC 4-injap dengan aci engkol (crankshaft) pada sudut ofset 75°, memberikan karakteristik kuasa hampir sama dengan streetfighter buas KTM, 1290 Duke yang dijana enjin V-Twin 75°. Menurut KTM, enjin V-Twin hampir digunakan untuk 790 Duke ini, tetapi diubah kepada dwi-silinder sebaris untuk lebih kompak dan ekonomi.

Selain enjin serba baharu, berikut antara ciri penting lain yang pasti membuatkan pembelian anda berbaloi:

  • Teknologi Ride-by-Wire dengan 4 mod tunggangan – Sport, Street, Rain dan Track (mod kustom individu).
  • Mod Supermoto – Mod berasingan yang membolehkan penunggang menyah aktif TC (Kawalan Traksi) dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) pada roda belakang.
  • Paparan meter digital LCD TFT berwarna – Datang dengan sokongan aplikasi sambungan telefon pintar, MY RIDE.
Antara paparan My Ride pada panel meter 790 Duke
  • Bar hendal boleh laras 12 tetapan.
  • Peredam stereng sebagai standard untuk meredakan situasi stereng gelupur atau tank slapping.
  • Kawalan elektronik penuh, terdiri daripada TC yang mengesan sudut miring, Belokan ABS, Regulasi Gelincir Motor (MSR), Kawalan Wheelie dan Kawalan Luncur.
  • Quick Shifter, tidak perlu lagi menukar gear menggunakan klac.

KTM 790 Duke kini boleh didapati di wakil-wakil pengedar KTM seluruh Malaysia, boleh rujuk senarai DI SINI.

GALERI
harga ktm 790 duke harga ktm duke 790 KTM ktm 790 duke KTM Duke ktm lc8c ktm parallel twin 75 roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.