Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun Guna Transmisi AMT!
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun Guna Transmisi AMT!

Abang HirataBy Abang Hirata05/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun

KTM Japan melancarkan model perdana dalam siri kembara, KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 yang membawa dimensi baharu dalam segmen motosikal advencer bagi pasaran Jepun dengan pengenalan teknologi lebih canggih berbanding generasi terdahulu.

Trenkuasa, Teknologi Camshift

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun

KTM 1390 Super Adventure S Evo dikuasakan enjin V-Twin LC8 yang dipertingkat sesaran daripada 1,301cc kepada 1,350cc.

Peningkatan itu membolehkan enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 173ps dan tork 145Nm yang dicapai melalui rombakan komponen dalaman enjin serta penggunaan teknologi Camshift atau mekanisme injap variabel.

Sistem Camshift itu berfungsi secara dua fasa. Pada julat RPM rendah, profil sesondol (cam) memastikan kelancaran tunggangan dan kecekapan bahan api lebih baik.

Pada julat RPM tinggi pula, sesondol ambilan akan berganjak mendatar untuk membolehkan injap terbuka lebih lama dan lebih tinggi. Ini memaksimumkan aliran campuran udara dan bahan api ke dalam silinder untuk prestasi puncak berkuasa.

Transmisi Manual Automatik (AMT) Pertama KTM

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun

Antara inovasi paling besar pada model tersebut ialah pengenalan Automated Manual Transmission atau AMT yang tidak lagi memerlukan tuas klac manual.

Jadi penunggang diberikan kebebasan memilih mod penukaran gear semi-automatik sama ada melalui tuas kaki atau pedal pada bar hendal.

Selain itu, penunggang juga boleh memilih mod automatik sepenuhnya, yang mana anjakan gear dilakukan secara elektronik dan penunggang hanya perlu mengawal terotel minyak.

Casis, Sistem Suspensi WP SAT

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun

Struktur utama KTM 1390 Super Adventure S Evo dibina berasaskan casis yang dioptimum tahap ketegaran bagi menjamin pengendalian lebih tajam dan kestabilan pada halaju tinggi.

Ergonomik penunggang turut diberi perhatian dengan kedudukan peg kaki yang kini 8mm lebih rendah dan 10mm lebih lebar bagi meningkatkan keselesaan.

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun

Sistem suspensi pula menggunakan teknologi semi aktif WP Semi-Active Technology (SAT) paling terkini.

Berbanding versi sebelum ini, sistem SAT baharu itu ditala dengan lebih jitu bagi memberikan ciri redaman konsisten walaupun ketika melalui permukaan jalan dengan getaran tinggi.

Evolusi Rekabentuk, Panel Meter Digital 8 Inci

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 tampil dengan wajah baharu melalui rekabentuk badan dan pelana lebih segar.

IModel advencer itu dilengkapi lampu depan LED baharu, visor angin dan ruang simpanan barang diperkemas. Bahagian penuka terhidang panel meter berwarna TFT 8 inci jenis vertikal yang menyokong fungsi skrin sentuh.

Skrin itu menggunakan teknologi induktif yang boleh dikendali walaupun memakai sarung tangan. Paparan itu juga disertakan salutan antipantulan, antisilau dan lapisan pelindung kesan jari bagi memastikan kejelasan maklumat dalam apa jua situasi cuaca.

Sistem Keselamatan Pintar, ACC Stop and Go

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun

Melalui panel skrin, penunggang boleh mengakses pelbagai mod tunggangan, ciri konektiviti dan sistem Kawalan Jejalah Adaptif (ACC) generasi kelima lebih kompak daripada Bosch.

Menariknya, gabungan sistem ACC dan transmisi AMT membolehkan fungsi henti dan mula (Stop and Go) beroperasi sepenuhnya.

Sistem itu membolehkan motosikal berhenti automatik jika mengesan kenderaan di depan berhenti sebelum bergerak semula automatik sebaik saja trafik lancar kembali.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Bantuan Brek (BA), Amaran Perlanggaran (CW), Amaran Jarak Kenderaan (VDW) dan fungsi Group Ride untuk kegunaan ketika menunggang secara berkumpulan.

Harga, Ketersediaan

KTM 1390 Super Adventure S Evo dijadualkan mula dijual pada April 2026, dan harga di Jepun ialah 3,250,000 yen (RM81,570)

Spesifikasi Teknikal KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
  • Enjin 4-lejang 2-silinder 1,350cc DOHC V-Twin penyejukan cecair
  • Output kuasa 173ps @ 9,500rpm, dan tork 145Nm @ 8,000rpm
  • Transmisi manual automatik (AMT) 6-kelajuan
  • Tayar 120/70 ZR 19 inci (depan), dan 170/60 ZR 17 inci (belakang)
  • Jarak roda 1,558mm ±15mm
  • Tinggi pelana 847mm / 867mm (boleh laras)
  • Kapasiti tangki petrol lebih kurang 23 liter
  • Berat kering lebih kurang 227kg (tanpa bahan api)
  • Warna jingga
  • Negara pengeluar Austria
KTM 1390 Super Adventure S Evo
KTM 1390 Super Adventure S Evo
KTM 1390 Super Adventure S Evo
KTM 1390 Super Adventure S Evo
KTM 1390 Super Adventure S Evo
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 | Jepun
KTM KTM 1390 KTM 1390 Super Adventure KTM 1390 Super Adventure S KTM 1390 Super Adventure S Evo motosikal advencer roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.