Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kronologi Kes: Servis Bezza Sampai Lebih RM800? Perodua Bakateam Beri Penjelasan, Pemilik Minta Maaf
Auto Terkini

Kronologi Kes: Servis Bezza Sampai Lebih RM800? Perodua Bakateam Beri Penjelasan, Pemilik Minta Maaf

Han OthmanBy Han Othman18/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU-baru ini tular isu seorang pemilik Perodua Bezza 1.3X mendakwa dicaj hingga RM879.20 untuk servis perbatuan 6,138km di pusat servis Perodua Bakateam Sdn Bhd di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen hingga membuatkan pihak Perodua Bakateam Sdn Bhd tampil memberikan penjelasan seperti di bawah:

๐—ž๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ:

๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ
โ Pelanggan beli kereta Bezza.

๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ (atau 1,000km, mana satu lebih awal)
Servis pertama dijadualkan. Pelanggan tidak hadir pada tarikh atau jarak perjalanan disarankan.

๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ
Pelanggan datang untuk servis pertama pada 1,009km, jauh melebihi tarikh sepatutnya (27 April 2024).

๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ (atau 10,000km)
Servis kedua dijadualkan. Namun, pelanggan tidak hadir pada waktu atau jarak perjalanan disarankan.

๐Ÿณ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ
Pelanggan tersebut hadir untuk servis kedua pada 6,138km selepas diingatkan penasihat servis (SA). Disebabkan pelanggan sudah melepasi tempoh dibenarkan, syarikat tidak dapat memasukkan servis 10,000km dengan upah buruh percuma (free labour). Servis 20,000km digunakan sebagai ganti.

SA memberikan dua pilihan sebut harga (quotation):

1๏ธโƒฃ RM300++ (pilihan minimum Basic Service)
2๏ธโƒฃ RM800++ (pilihan untuk penjagaan lebih baik).

Pelanggan bersetuju dengan sebut harga RM300++. Namun, beberapa minit kemudian, bapa pelanggan tersebut bertanya kepada SA tentang pilihan terbaik untuk kereta yang sudah lama tidak diservis.

SA menyarankan pilihan sebut harga berjumlah RM800++. Bapa pelanggan tersebut bersetuju dan pelanggan tersebut menandatangani semua dokumen berkaitan (sebut harga dan arahan baik pulih).

๐Ÿด ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

1๏ธโƒฃ Pelanggan tersebut datang semula ke pusat servis bersama seorang rakan lelaki.
2๏ธโƒฃ Rakan lelaki pelanggan membandingkan kos servis dengan pengalamannya dan menyatakan servis tersebut terlalu mahal.
3๏ธโƒฃ Pelanggan dan rakannya tersebut marah dan berkeras meminta dipulangkan semula (refund) sebanyak RM600++.
4๏ธโƒฃ Staf kami sudah menjelaskan situasi dan menunjukkan dokumen yang sudah ditandatangani.
5๏ธโƒฃ Syarikat menawarkan baucar servis bernilai RM200++ sebagai alternatif, tetapi pelanggan tetap berkeras mahukan wang dipulangkan semula.
6๏ธโƒฃ Pelanggan tersebut membuat ugutan untuk menularkan isu tersebut dan melaporkan kepada tribunal jika duit tidak dipulangkan sebelum jam 5 petang.

๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐Ÿด ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ
โ Pelanggan memuat naik hantaran memburukkan nama syarikat dan SA.

๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ง

1๏ธโƒฃ Laporan polis: Syarikat membuat laporan polis terhadap hantaran tersebut.
2๏ธโƒฃ Rujukan kepada peguam: Syarikat melibatkan peguam, yang kemudian menghantar surat tuntutan kepada pelanggan untuk memadamkan hantaran dan memohon maaf.
3๏ธโƒฃ Tindakan saman: Disebabkan hantaran terbaru pelanggan dianggap masih memfitnah dan merosakkan reputasi syarikat, syarikat memutuskan untuk meneruskan tindakan saman.

๐——๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป
โ—พ๏ธ Arahan Baik Pulih (โ Repair order) yang mempunyai tandatangan pelanggan, nama penuh, dan nombor kad pengenalan.
โ—พ๏ธ Kamera litar tertututp (CCTV) yang merekod interaksi di pusat servis.

๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜
โ—พ๏ธ Pelanggan diberikan pilihan pada peringkat awal dan bersetuju secara bertulis untuk servis bernilai RM800++.
โ—พ๏ธ โ Sebarang ketidakpuasan hati sepatutnya dibangkitkan sebelum servis dilakukan.
โ—พ๏ธ โ Syarikat sudah mengambil langkah munasabah dengan menawarkan baucar sebagai penyelesaian, tetapi pelanggan menolak.

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ

Daripada carian kami, pelanggan sudah memuat naik hantaran permohonan maaf pada 13 Januari (Isnin) lalu di laman grup PERODUA BEZZA OWNER CLUB MALAYSIA (PBOCM ) pada jam 10:36 malam.

Profil pemilik juga tidak dapat diakses kerana dikunci, sekali gus menghalang kami mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.

Kami masih menanti perkembangan terkini mengenai isu ini.

Auto Terkini Kes Pemilik Bezza Dicaj Servis Mahal Perodua Bakateam Sdn Bhd Perodua Bezza 1.3X Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

23/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.