Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kota London Makin Ceria, Teksi Mercedes-Benz Vito Tampil Versi Baharu!
Auto Terkini

Kota London Makin Ceria, Teksi Mercedes-Benz Vito Tampil Versi Baharu!

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGANGKUTAN awam di bandar raya London memang tersohor, antaranya ialah bas dua tingkat yang disebut sebagai London Bus dan teksi Black Cab atau London Taxi. Kedua-dua jenis pengangkutan itu cukup terkenal hingga diangkat menjadi ikon ibu kota tersebut. Kalau tidak percaya, lihatlah sendiri rekaan cenderamata magnet peti sejuk, pasti figura yang kerap diukir ialah London Bus!

Semasa kanak-kanak dahulu, ada rancangan TV yang tujuannya mengotakan impian seseorang individu. Rancangan tersebut menerima sambutan hangat dan ramai orang berjaya mencapai impian masing-masing. Paling abang ingat ialah hajat seorang pemandu teksi tempatan yang bercita-cita mahu memandu Black Cab. Siapa sangka pemandu teksi itu terpilih dan dia betul-betul dihantar ke London untuk memandu teksi hitam itu. Hebat bukan?

Impian abang masa kecil dahulu pula tidaklah besar mana, cuma ingin habiskan sekolah secepat mungkin supaya dapat melepak bersama kawan-kawan.

BLACK CAB – MERCEDES-BENZ VITO

Selain kelibat Black Cab menerusi model LTI (London Taxis International) dengan rekabentuk klasik sebagai barisan kenderaan, ada lagi teksi hitam yang tampil dengann rekaan serba identik dan signifikan seperti gril radiator besar berserta jarak bumbung tinggi yang dapat dilihat menyelusuri jalan raya sekitar Big Ben, Westminster Abbey dan London Eye.

Teksi itu tidak lain dan tidak bukan ialah van Mercedes-Benz Vito yang turut digelar sebagai ‘Black Cabs’ sejak 2008 lagi. Kini model itu diperbaharui sepenuhnya berikutan pengeluaran model Vito baharu. Di London, hanya dua pengeluar kenderaan sahaja diberikan permit teksi, di mana salah satu daripadanya ialah Mercedes-Benz. 

RUANG LUAS, MESRA OKU


Teksi Mercedes-Benz Vito memang luas dan selesa dengan kapasiti muatan penumpang sebanyak enam orang. Malah, turut mesra warga kurang upaya (OKU) menerusi tambahan ciri kerusi roda. Pintu dan pemijak kaki kedua-dua sisi penumpang dioperasikan melalui kawalan elektrik, manakala penyaman udara dan ciri mula-henti (start-stop) pula didatangkan standard dengan pembelian.

Vito varian London pula didatangkan dengan ciri penjimatan BlueEfficiency dengan fungsi mula-henti bagi model 114CDI, penyaman udara, cermin sisi elektrik, pintu gelangsar elektrik (bagi kedua-dua versi) dan pemijak tepi elektrik, manakala varian London memuatkan tambahan pemijak ofsaid. Malah, Mercedes-Benz turut menawarkan teksi Vito kepada mereka yang berminat menjadikan model itu sebagai teksi nasional.

TEKSI CANGGIH DAN SELAMAT

Teksi Mercedes-Benz Vito turut dilengkapi opsyen sistem bantuan pemanduan sebagai persediaan menghadapi kesesakan lalu lintas di ibu kota London. Sebagai contoh, Bantuan Perhatian (Attention Assist) berfungsi memberi amaran jika pemandu menunjukkan tanda-tanda keletihan atau kenderaan berada dalam situasi tidak terkawal. Sistem itu adalah ciri standard yang ada bagi setiap pembelian teksi Mercedes-Benz Vito. Pembeli juga diberikan pilihan menambah fitur keselamatan lain seperti Bantuan Titik Buta (Blind Spot Assist) dan Bantuan Parkir Aktif (APA).

UBAH SUAI KHAS UNTUK JALAN RAYA LONDON

Mercedes-Benz London Cab

Seperti model lain terdahulu, teksi Mercedes-Benz Vito perlu diubah suai sebelum boleh dibenarkan bergerak sebagai teksi. Gandar stereng belakang diubah suai supaya dapat membuat pusingan pada keluasan 25 kaki (7.62 meter). Ini kerana terdapat bulatan sempit di pintu masuk Hotel Savoy, Strand, dan ubah suai sebegitu memang sudah jadi peraturan di sana. Enjin Vito varian London juga cukup berkuasa yang dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan 7G-Tronic

Sebagai makluman, Hotel Savoy sudah dibina sejak 1889 sebelum teksi bermotor seperti kereta, MPV atau bas menjadi pengangkutan awam berstatus arus perdana. Jadi, padanlah teknologi atau trend yang muncul terkemudian perlu mengikut warisan kota sedia ada, terutama sekali di bandar raya penuh ikonik seperti London.

GALERI

Mercedes-Benz London Cab
Black Cab London London Bus London Taxi Mercedes-benz Vito
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.