Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Konvoi Amal Modenas Pulsar Owner Club (MPOC) Sumbang Derma kepada Pusat Tahfiz
Auto Terkini

Konvoi Amal Modenas Pulsar Owner Club (MPOC) Sumbang Derma kepada Pusat Tahfiz

ZYBy ZY17/09/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA sambutan Hari Malaysia tanggal 16 September semalam, Modenas Pulsar Owners Club (MPOC) mengadakan lawatan amal ke Pusat Tahfiz Nur Ramadhan di Tanjung Malim, Perak.

Lawatan disertai 63 penunggang Modenas Pulsar NS dan RS itu sudah memulakan kutipan derma sejak sebulan lalu menerusi platform media sosial. Sejumlah RM6,400 dikutip dan diserahkan kepada mudir, Ustaz Abdul Aziz Mat Arof sebagai sumbangan untuk menjalankan aktiviti seharian pusat pengajian tersebut.

Presiden MPOC, Amirul Solihin berkata;

“Ini sebahagian aktiviti MPOC tahun ini. Selain meraikan Hari Malaysia, MPOC juga mengadakan lawatan amal dengan menyampaikan sumbangan ikhlas ahli kelab seluruh Malaysia kepada Pusat Tahfiz Nur Ramadhan.

“MPOC harap dapat meringankan bebanan dan membantu serba sedikit operasi seharian Pusat Tahfiz Nur Ramadhan. Lawatan sebegini juga mampu mengeratkan lagi hubungan dengan kelab Modenas Pulsar Perak pimpinan Mohd Fairus Niza yang turut turun padang bersama kami hari ini (semalam).”

4 TAHUN BEROPERASI

Pusat Tahfiz Nur Ramadhan sudah beroperasi sejak 4 tahun lalu dan kini mempunyai kira-kira 50 pelajar dengan pelajar pondok seramai 10 orang, manakala tenaga pengajar terdiri daripada 7 guru , termasuk seorang guru separuh masa, dan seorang guru pondok.

Keunikan Pusat Tahfiz Nur Ramadhan ialah bangunan yang terletak di Perak, manakala pondok di Selangor dengan kedua-duanya berjarak lebih kurang 400 meter sahaja. Dua pusat pengajian itu juga bernaung di bawah satu pentadbiran, iaitu Maahad Tahfiz dan Ulum Ad Din Nur Ramadhan.

Kepada mereka yang mahu menyumbang kepada Pusat Tahfiz Nur Ramadhan, bolehlah salurkan sumbangan anda ke akaun:

MAYBANK – (TAHFIZ DAN ULUM AD DIN NUR RAMADHAN) – 1580-8846-2815.

* Artikel kiriman admin MPOC Miryu Nur Solihin dan Amreal Norman

GALERI
Aktiviti Auto Terkini Kelab Motosikal Lawatan Amal Modenas modenas pulsar modenas pulsar NS200 Modenas Pulsar Owners Club (MPOC) modenas pulsar RS200 MPOC Pusat Tahfiz Pusat Tahfiz Nur Ramadhan
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

05/06/2026
Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
Auto Terkini

Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026

1 Comment

  1. Amirul on 17/09/2018 21:10

    Alhamdulillah..terima kasih arena permotoran kerana cover ride amal ke tahfiz nur ramadhan..saya selaku wakil dari MPOC mengucapkan terima kasih…semoga ada yang menghulurkan bantuan dengan kewangan melalui akaun tahfiz yang diberikan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

By Abang Hirata05/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.