Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Knaus Tabbert dari Jerman Dapat VTA untuk Pasarkan Produk RV, Karavan di Malaysia
Auto Terkini

Knaus Tabbert dari Jerman Dapat VTA untuk Pasarkan Produk RV, Karavan di Malaysia

Han OthmanBy Han Othman29/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAJLIS Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)
mengorak langkah dalam meluaskan pembangunan industri kenderaan rekreasi (RV) di Malaysia dengan menganugerahkan sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) pertama kepada peneraju RV terkemuka di Eropah dari Jerman, Knaus Tabbert AG.

Upcara penyerahan sijil VTA itu berlangsung di bangunan Menara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  7 di Kuala Lumpur yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Haji Hashim kepada Ketua Pengerah Eksekutif (CEO), Knaus Tabbert AG, Wolfgang Speck dengan disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Seri Norazman Ayob dan CEO ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah RV yang Perlu Anda Tahu

Kelulusan VTA diberikan itu membolehkan saluran pengedaran dan jualan produk karavan baharu di bawah kategori sendiri, sekali gus memudahkan urusan keperluan kewangan dan insurans.

Zailani (foto atas kiri)berkata, sebagai agensi Kerajaan yang bertanggungjawab memantau dan menguruskan pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor, JPJ komited untuk membantu pelabur ECERDC dan automotif dalam menguruskan industri RV dengan sistematik, berdaya tahan dan inovatif.

Ini untuk memastikan keselamatan industri dan mengurangkan risiko kemalangan, serta pada masa sama memacu industri berkualiti tinggi dengan keselamatan,” katanya.

Speck  (foto atas kanan) pula meluahkan rasa optimis mengenai potensi pertumbuhan industri RV di Malaysia dan memandang ke depan untuk bekerjasama dengan ECERDC untuk menubuhkan fasiliti pembuatan RV di wilayah ECER.

Permintaan terhadap industri RV menunjukkan peningkatan global yang signifikan, dan pasaran ini dijangka berkembang menjadi industri multi-bilion dolar di Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.”

“Malaysia yang mempunyai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan China, Jepun, Korea, India, Australia dan New Zealand memiliki potensi besar untuk menjadi hab karavan untuk Asia Pasifik.

“Industri RV masih baharu di Malaysia berbanding Australia yang sudah meraih anggaran keuntungan bernilai AS$11 bilion (49.5 bilion) untuk sebuah negara dengan populasi 26 juta penduduk.

“Kami juga mahu bekerjasama dengan syarikat di Malaysia untuk peluang pengedaran dan membuka lebih banyak parkir karavan di negara ini untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka gaya hidup baharu ini dan mengambil manfaat penuh atas landskap negara yang indah,” katanya.

Mengenai ECERDC, badan Kerajaan itu sudah menerajui pembangunan industri RV sejak 2021, dan pernah menerima delegasi dari Caravaning Verband (CIVD) yang mewakili pemain RV Jerman dalam lawatan ke Wilayah Ekonomi Pantai Timur pada Fabruari lalu untuk meneroka peluang perniagaan dan pelaburan dalam industri RV.

ECERDC juga sudah menandatangani memorandum kerjasama (MoU) dengan Knaus Campingparks untuk membangunkan parkir perkhemahan dan memperkenalkan pengalaman gaya hidup baharu kepada rakyat Malaysia.

Dalam upacara tersebut, Knaus Tabbert AG  turut mempamerkan model karavan Knaus Sport 540 FDK (foto bawah) yang akan dijual di pasaran Malaysia.

BACA >>> #BikinKereta: Volkswagen Beetle Kamper Mini (1969) Ini Dijual RM82k
BACA >>> Honda N-Van Compo – MPV Mini JDM Edisi Khas untuk Kaki Piknik

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Karavan Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Kenderaan Rekreasi (RV) Knaus Tabbert AG Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) motorhome Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.